Program Penyerahan Bantuan Mangsa Kebakaran Sahabat AIM

7 Mei 2016:  Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan  RM150 ribu untuk disumbangkan kepada 30 Sahabat AIM Bt 2 Jalan Apas dan blok 10 Kampung Kitingan yang terlibat dalam kebakaran. Kejadian yang berlaku pada 13 April 2016 jam 1.30 pagi itu melibatkan 300 buah rumah dan mengakibatkan 442 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Selain kemusnahan tempat tinggal, kebanyakan mereka juga kehilangan harta dan punca pendapatan. Pengerusi Eksekutif AIM, Dr. Zubir Harun berharap bantuan sebanyak RM5 ribu setiap orang yang diberikan itu dapat meringankan beban Sahabat di samping dapat membuat caruman insurans. Mereka juga diberi penangguhan bayar balik pinjaman selama 6 bulan.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Tawau, Datuk Mary Yap Kain Ching. Beliau mengingatkan supaya bantuan kewangan ini di gunakan sebaik mungkin untuk memulihkan kehidupan Sahabat AIM sekali gus dapat memulihkan semangat untuk meneruskan aktiviti harian masing-masing.

Berita & Gambar: Gafur Majid

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: