Zakat, Wakaf dan Infaq

Pendahuluan
Unit Zakat, Wakaf dan Infak (UZWI) adalah unit baru yang diwujudkan oleh AIM yang diluluskan oleh Lembaga AIM dalam struktur baru organisasi AIM bermula bulan Mac 2013. Ia ditubuhkan hasil dari salah satu inisiatif Program Transformasi AIM yang dilaksanakan dalam tahun 2012.

Zakat
Pihak AIM telah bersetuju menerima tawaran sebagai agen atau wakil amil kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 6 Mac 2013. 

Wakaf
Satu jawatankuasa bersama akan diwujudkan antara AIM dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Jawatankuasa ini menjadi pemegang amanah dan bertanggungjawab untuk menentukan polisi, memantau, mengawal dan mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan Dana Wakaf Khas AIM-PWS.

Infaq
Aktiviti sedekah ini boleh dilaksanakan sendiri oleh AIM tanpa perlu kelulusan Majlis Agama (Pandangan IKaz). UZWI mencadangkan dana sedekah ini diwujudkan untuk kegunaan-kegunaan berikut :

  • 20% untuk bantuan pendidikan
  • 20% untuk bantuan kesihatan
  • 20% untuk bantuan bencana alam
  • 40% untuk prasarana Sahabat dan masyarakat awam, seperti pembelian mesin homodialisis, kipas dan lengkapan di balai pusat Sahabat AIM serta lain-lain.


Penyertaan
Kemudahan pembayaran disediakan sama ada dengan bayaran tunai, cek atau money order melalui;

  • Unit Zakat, Wakaf & Infaq, Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia, Bandar Sri Damansara PJU9, Kuala Lumpur.
  • Cawangan-cawangan AIM seluruh Malaysia.
  • Kaunter-kaunter bergerak yang diwujudkan dimana sahaja apabila ada program-program yang dilaksanakan oleh pihak AIM.
  • Deposit terus melalui kaunter atau mesin ATM Bank Islam ke akaun-akaun berikut:
    • Amanah Ikhtiar Malaysia (Zakat)
(140230 1004 3130)
    • Amanah Ikhtiar Malaysia (Wakaf)(140230 1004 3155)
    • Amanah Ikhtiar Malaysia (Infaq) (140230 1004 3166)


Muat turun borang disini

Hubungi Kami di:
Unit Zakat, Wakaf & Infaq
Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia,
Menara Amanah Ikhtiar Malaysia,
No.3 Jalan Cempaka SD12/1A,
Bandar Sri Damansara, PJU9,
52200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 6274 8810
Faks: 03 6274 8809

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: