khidmat

khidmat

  • Latihan Kemimpinan

    Harap maaf, halaman ini dalam pembangunan.



  • Latihan Keusahawanan

    Pihak AIM sentiasa menyediakan pelbagai latihan untuk meningkatkan daya maju usahawan dan sahabat di bawah naungan AIM. Berikut adalah beberapa latihan yang telah dijayakan:

    Program Bengkel Pembangunan Usahawan & Peningkatan Kendiri Bersama Noraini's Cookies


  • Simpanan

    Simpanan Tetap

      1. Sahabat wajib menyimpan dalam Simpanan Tetap mengikut jumlah pembiayaan ekonomi minimum RM1 hingga maksimum RM15.
      2. Bagi Sahabat yang tidak meminjam (rehat) jumlah Simpanan Tetap tertakluk kepada kadar simpanan terakhir. Simpanan Tetap ini menjadi simpanan dan tanggungan kepada Koperasi Sahabat AIM.
      3. Jika berlaku tunggakan bayaran balik selama empat (4) minggu berturut-turut, simpanan tetap akan dikontra-kan kepada bayaran balik bagi menampung tunggakan yang berlaku.
      4. Semua jumlah Simpanan Tetap boleh dikontra-kan kepada baki pembiayaan – tertakluk kepada Prosedur Simpanan Tetap.
    Jadual
    Simpanan Tetap
    Jumlah
    Pembiayaan (RM)
    Simpanan
    Tetap (RM)
     
    1,000 1
    2,000 2
    3,000 3
    4,000 4
    5,000 5
    6,000 6
    7,000 7
    8,000 8
    9,000 9
    10,000 10
    11,000 11
    12,000 12
    13,000 13
    14,000 14
    15,000 15
    16,000 15
    17,000 15
    18,000 15
    19,000 15
    20,000 15
  • Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI)

    SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMINJAM ( Menjadi SAHABAT AIM )

    1. WARGANEGARA MALAYSIA (mempunyai MYKAD) yang berumur 18 tahun ke atas.

    2. HAD KELAYAKAN PENDAPATAN isi rumah ialah RM3,855 dan per kapita RM838

    PROSEDUR KEAHLIAN AIM

    1. Bakal ahli yang layak menyertai AIM, perlu menubuhkan KUMPULAN (5 org) sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling mempercayai dan bertanggungjawab.

    2. Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib selama 5 hari ( 1 setengah jam sehari ). Ini bagi memberi kefahaman mengenai peraturan dan syarat-syarat AIM.

    3. Semua ahli kumpulan perlu menyertai pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 12 kumpulan. Ahli Pusat atau SAHABAT akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat Pusat akan diadakan di tempat awam seperti di Balai Raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urusniaga (proses pinjaman) diadakan di Mesyuarat Pusat.

     

    Produk Pembiayaan
    AIM menawarkan tujuh (7) Skim dengan had tertinggi jumlah pembiayaan dan tempoh-tempoh bayaran seperti jadual di bawah:

    Skim Pembiayaan Had Biaya (RM) Tempoh Bayar Balik (Mingguan)
     
    Ekonomi
    i.i-Mesra  1,000 - 2,000

    3,000 – 10,000 (max)
    12, 25, 35, 50

    12, 25, 35, 50, 75, 100
    ii.i-Srikandi 12,000 – 20,000 (max) 12, 25, 35, 50, 75, 100, 125, 150
    iii.i-Wibawa 5,000 (max) 12, 25 minggu atau setiap bulan selama 6 bulan atau sekali gus.
    Lain-lain
    iv.i-Sejahtera 1,000 – 2,000
    3,000 – 10,000 (max)
    12, 25, 35, 50
    12, 25, 35, 50, 75, 100
    v.i-Bestari 1,000 – 2,000
    3,000 – 5,000 (max)
    12, 25, 35, 50
    12, 25, 35, 50, 75, 100
    vi.i-Penyayang 1,000 – 2,000
    3,000 – 5,000 (max)
    12, 25, 35, 50
    12, 25, 35, 50, 75, 100
    vii.i-Emas 2,000 (max) 12, 25, 35, 50
  • Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat

    Pengenalan

    Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat (TKKS) ditubuhkan pada Julai 2006 berdasarkan hasrat Sahabat-sahabat AIM melalui usul-usul dalam Mesyuarat Lembaga Perwakilan Sahabat. Penubuhan TKKS ini juga selari dengan tuntutan agama, nilai kemasyarakatan dan prinsip ikrar Sahabat AIM iaitu membantu ahli kumpulan dan pusat parabola mereka dalam kesesakan.

    Objektif

    • Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan Sahabat;
    • Mengurangkan beban Sahabat dan waris apabila menghadapi musibah;
    • Mengurangkan masalah projek Sahabat yang tergendala akibat musibah;
    • Meningkatkan tahap kebajikan Sahabat.

    Skim/ Manfaat

    Kadar Manfaat (RM)

    Khairat Kematian

     
      • Ahli/ Sahabat
      • RM500
      • Suami
      • RM500
      • Anak dalam tanggungan umur di bawah 18 tahun (Bagi anak yang masih belajar sehingga 25 tahun dan anak kurang upaya umur tidak dihadkan)
      • RM250

    Masuk Wad
    Melibatkan kes kemalangan dan semua jenis penyakit kecuali bersalin atau yang berkaitan dengan kehamilan. (Sahabat dan suami sahaja – minimum 2 hari dan maksimum 20 hari dalam setahun)

    RM50 sehari

    Sumbangan Kod Rawatan Penyakit Kronik sahaja
    (Sahabat dan suami – perlu ada pengesahan doktor bertauliah)

    Maksimum RM500 seumur hidup

    Kemusnahan rumah sendiri disebabkan kebakaran tidak sengaja dan bencana alam. Tuntutan terhad 1 kali setahun (banjir, ribut dan lain-lain)

    Rumah Biasa
    (Daratan)

    Rumah Air/ Setinggan/ Panjang

      • Musnah keseluruhan

    RM10,000

    RM4,000

      • Musnah sebahagian termasuk kerosakan-kerosakan kecil (bergantung nilai kerosakan asas rumah sahaja tidak termasuk peralatan di dalam rumah)
      • Lebih RM15,000
      • RM8,000 – RM14,999
      • RM4,000 – RM7,999
      • RM2,000 – RM3,999
      • RM1,000 – RM1,999
      • RM500 – RM999
      • Bawah RM300

     

     

     

    RM5,000
    RM4,000
    RM2,000
    RM1,000
    RM500
    RM250
    Tiada

     

     

     

    RM3,000
    RM2,000
    RM1,000
    RM500
    RM250
    RM150
    Tiada

      • Kemusnahan rumah sewa/ tumpangan dan terpaksa berpindah

    RM2,000

      • Bagi kes bencana alam dan kebakaran yang besar melibatkan satu kawasan kariah yang sama dengan serentak melibatkan lebih 5 buah rumah
      • Musnah Keseluruhan = RM2,000
      • Nilai Kerosakan > RM10,000 = RM1,000
      • Kerosakan RM5,000 – RM9,999 = RM500
      • Kerosakan RM501 – RM4,999 = RM250
      • Bawah RM500 = Tiada
      • Bencana Besar

    Kemusnahan/ kerugian rumah atau produk disebabkan bencana alam dalam satu kawasan/ tempat yang melibatkan lebih 5 orang penduduk (termasuk Sahabat dan bukan Sahabat)

    RM200 (sumbangan terhad sekali dalam setahun)

      • Kemusnahan Projek

    Kemusnahan projek yang melibatkan kurang daripada 5 orang Sahabat yang berlaku dalam satu kawasan/ tempat

    20% daripada pembiayaan atau baki pembiayaan, yang mana terendah
    Minimum RM200 dan maksimum RM4,000

      • Sumbangan Menunaikan Ibadah Haji

    RM300 sekali seumur hidup

      • Sumbangan Anak ke IPTA/IPTS(di bawah tanggungan)

    RM100

     

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: