Jawatan Kosong September 2016

 

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA, sebuah badan Amanah Persendirian di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258) bertujuan mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui Skim Pembiayaan Ikhtiar mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :

1.      Nama Jawatan  : Pegawai / Pegawai Eksekutif (Audit Teknologi Informasi)

Gred            : E1 / E2

Gaji Dan Elaun : RM 3,000 – RM 4,000 (Berdasarkan kepada Pengalaman)

       Kelayakan :

·     Mempunyai Ijazah Sarjana Muda  Sains Komputer atau Perakaunan atau yang setaraf dalam bidang Teknologi Maklumat.;

·     Mempunyai CISA atau CIA adalah satu kelebihan ;

·     Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan atau IT;

·     Berpengalaman yang baik dalam kajian kawalan aplikasi IT atau audit forensik termasuk semakan keselamatan rangkaian ;

·     Mempunyai kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik ;

 

·     Boleh bekerja berseorangan dengan pengawasan minimum

 

·     Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik ;

 

Skop Kerja :

·     Mencadangkan pengauditan teknologi maklumat ke dalam pelan tahunan pengauditan

·     Menjalankan pengauditan mengikut pelan tahunan yang telah diluluskan

·     Menjalankan audit keselamatan rangkaian yang merangkumi rangkaian tanpa wayar dan peranti mudah alih

·     Mengkaji semula sistem operasi dan keselamatan pangkalan data serta kawalan umum IT seperti : Pusat Operasi Data

·     Mengkaji semula sistem aplikasi dan pusat-pusat data mengikut piawaian dan amalan audit IT

·     Mengkaji aplikasi sistem IT termasuk sistem aplikasi dan pusat-pusat data mengikut piawaian dan amalan audit IT termasuk sistem aplikasi perniagaan (contohnya: SAP) dan sistem sokongan operasi untuk menilai kecukupan kawalan sistem ke atas ketepatan, kesempurnaan dan ketersediaan

 ________________________________________________________________________________________________________________________________

Nama Jawatan  : Pegawai Eksekutif Akaun

Gred E2        : Pegawai Eksekutif

Gaji dan Elaun : RM 3,046.00

       Kelayakan :

          •  Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan atau yang setarafnya;

          •  Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan;

          •  Berkemahiran dalam penggunaan Accounting Package dan Microsoft Office;

          •  Berkemahiran menulis laporan kewangan;

          •  Boleh bekerja berseorangan dengan pengawasan minimum;

          •  Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik ;

          •  Berumur 26 hingga 30 tahun;

 ________________________________________________________________________________________________________________________________

3.      Nama Jawatan  : Penolong Pegawai Akaun

Gred F1         : Penolong Pegawai

Gaji dan Elaun : RM 2,913.00

           Kelayakan :

          •  Memiliki Diploma Perakaunan atau yang setarafnya;

          •  Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan;

          •  Berkemahiran dalam penggunaan Accounting Package dan Microsoft Office;

          •  Boleh bekerja berseorangan dengan pengawasan minimum;

          •  Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik ;

          •  Berumur 26 hingga 30 tahun;

 

Calon yang berminat hendaklah menghantar SURAT PERMOHONAN ke alamat di bawah bersama-sama dengan RESUME, SALINAN SIJIL AKADEMIK, SALINAN LESEN MEMANDU, SALINAN KAD PENGENALAN DAN SEKEPING GAMBAR BERUKURAN PASPORT (TIDAK DIKEMBALIKAN). Permohonan hendaklah sampai sebelum atau pada 22 SEPTEMBER 2016.  Sila tuliskan nama jawatan pada penjuru kanan sampul surat.

 

PENGURUS KANAN

PENGURUSAN BAKAT DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

Ibu Pejabat, Amanah Ikhtiar Malaysia

Menara Amanah Ikhtiar

No. 3, Jalan Cempaka SD12/1A

Bandar Sri Damansara PJU9

52200 Kuala Lumpur

Tel: 03-6274 8810      Faks: 03-6274 8863

 

 

 

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)