UTC Kedah: Pusat Sehenti Bagi Semua Perkhidmatan Awam dan Swasta

Oleh : Saipul Nizam Mat

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelancaran Pusat Transformasi Bandar(UTC) Kedah pada 16 Ogos 2013 sebagai lambang kerjasama erat antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Perdana Menteri ketika melancarkan pusat sehenti bagi semua perkhidmatan awam dan swasta, turut mengumumkan nama Kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan nama baharu iaitu Kompleks UTC Kedah.

Menurut Perdana Menteri, peranan UTC semakin luas kerana ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kepada rakyat tetapi juga bersama rakyat dan membantu rakyat melaksanakan kegiatan tertentu. UTC Kedah yang menjadi lambang pembangunan moden Alor Setar turut menyediakan perkhidmatan dibawah 10 kluster termasuk keselamatan, kesihatan, perkhidmatan, latihan dan pekerjaan, kewangan, pembangunan belia, utiliti dan pendidikan. UTC Kedah juga turut dilengkapi dengan gimnasium dan gelanggang futsal sebagai memenuhikeperluan belia dan beliawanis di negeri Kedah.

UTC turut memperkenalkan program terbaru iaitu pusat kemudahan perkhidmatan komuniti iaitu ‘Community Service Desk’ (CSD), di mana masyarakat boleh memohon mengadakan program kemasyarakatan dengan bantuan kepakaran agensi yang berada di UTC. Majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Paduka Hj Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa turut menyaksikan Perdana Menteri menandatangi kapsul masa yang diserahkan kepada Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad yang akan dibuka semula pada tahun 2038 sempena 25 tahun UTC Kedah.

Pihak Pengurusan AIM turut memeriahkan majlis dengan kehadiran Pengerusi Lembaga AIM, Dato’ Amihamzah Ahmad, Dr. Zubir Harun, Ahli Lembaga AIM dan Pengarah Urusan AIM, Datuk Zabidah Ismail di majlis perasmian tersebut serta sempat melawat premis AIM di UTC Kedah.

{gallery}utckedah082013{/gallery}

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: