Taklimat daripada Pejabat Wilayah Kedah/Perlis dan Kunjungan Hormat ke Wisma Darulaman, Alor Setar, Kedah

Pada 13 Januari 2014 (11 Rabiulawal 1435H), Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Encik Yaacob Omar telah mengiringi Pengerusi Lembaga AIM, Dr Zubir Harun melawat pejabat Wilayah Kedah/Perlis yang terletak di Kompleks Perniagaan Utama, Jalan Sultanah Sambungan, Alor Setar, Kedah. Kedatangan Tuan Pengerusi Lembaga AIM disambut mesra Pengurus Besar Zon Utara, Encik Che Mahdi Idris dan Pengurus Wilayah, Puan Salina Jaafar serta kakitangan pejabat Wilayah Kedah/Perlis.

Puan Salina menyampaikan taklimat berkaitan pencapaian dan halatuju Wilayah Kedah/Perlis serta cabaran dan tekad kakitangan 2014 untuk mencapai sasaran pendapatan bersih berjumlah RM35 juta dalam tahun 2014. Encik Che Mahdi dan Puan Salina diamanahkan oleh Dr Zubir untuk menyampaikan misi dan visi yang dibentangkan di Retreat AIM 2013 di Port Dickson pada Disember lalu kepada semua kakitangan cawangan-cawangan Kedah/Perlis. Taklimat ini berakhir jam 12 tengah hari.

Seterusnya, Dr Zubir dibawa ke Wisma Darulaman, Alor Setar atas tujuan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Paduka Haji Mukhriz Mahathir. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memberi taklimat operasi AIM di negeri Kedah di samping mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan pihak kerajaan negeri.

Di akhir kunjungan, Dr Zubir menyampaikan cenderahati daripada AIM kepada YAB Dato’ Paduka Haji Mukhriz.

{gallery alighment=centre}lawatandrkepejmb{/gallery}