SIRI KEDUA MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SEMPENA BULAN RAMADAN AL-MUBARAK 1435H, CAWANGAN MARAN, PAHANG

maran 3
Rentetan daripada siri pertama Majlis Penyerahan Sumbangan sempena Bulan Ramadhan 1435H yang telah diadakan di Bentong, Pahang, majlis diteruskan pelaksanaan di Cawangan Maran. Bertempat di Dewan Semai Bakti, Jengka 16, Pahang, majlis penyerahan sumbangan telah dan disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohamad Shahaimi bin Othman, Ahli Lembaga AIM.

Dalam ucapan beliau, penganjuran program seperti ini adalah merupakan hasrat yang telah dikemukakan oleh barisan Lembaga AIM yang ingin melihat bulan Ramadhan ini dipenuhi dengan program-program yang dapat meningkatkan kerohanian dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Sumbangan yang dikumpulkan ini juga menunjukkan pengukuhan peranan Unit Zakat, Wakaf dan Infaq AIM (UZWI) dalam memenuhi kehendak komuniti Sahabat AIM yang kini telah berjumlah lebih 300 ribu orang di seluruh Malaysia.

Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Norsharizal Mashahrin, Pengarah Urusan AIM, Encik Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Encik Faizal Noor Laiman, Ketua Zon Tengah, Encik Azmi Sharif, Pengurus Pembangunan Ekosistem, Encik Hashim Rajimun, Pengurus Wilayah Pahang, Encik Shahfizan Hamdan,Penolong Pengurus Wilayah Pahang, Puan Nurazlina Abd. Kadir, Pengurus Cawangan Maran, wakil Pengurus Felda dan beberapa wakil Jawatankuasa dan Kemajuan Rancangan (JKKR) sekitar.

Sumbangan sebanyak RM10,000 daripada Unit Zakat, Wakaf dan Infaq AIM (UZWI), hamper berbentuk barangan keperluan asas sumbangan dari Sahabat Cawangan dan kurma dari sumbangan pihak Wilayah telah diserahkan kepada 100 orang penerima yang terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu tunggal dan anak yatim yang majoritinya dipilih daripada kalangan Sahabat AIM sendiri.

Tetamu kehormat seterusnya, dibawa melawat ke rumah Puan Safiah Miethena yang berasal dari Thailand yang tinggal di Kampung Rantau Perintis, Maran, Pahang yang terpaksa menanggung suami beliau yang terlantar akibat kemalangan tahun lepas. Suasana hiba begitu terasa semasa kunjungan daripada pihak AIM tiba di rumah beliau.

Melihat keadaan rumahnya yang uzur, membuatkan rombongan pihak AIM begitu sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa beliau. Tetamu kehormat kita sempat memberikan kata-kata semangat kepada beliau agar terus tabah dalam menghadapi dugaan tersebut.

Semoga dengan penyerahan sumbangan ini memberi ruang dan peluang kepada semua umat Islam untuk meningkatkan ketaqwaan dan juga mengecapi nikmat yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Teks oleh: Mohd Yazid Bin Zainudin / Gambar oleh: Gafur Majid