Seminar Usahawan AIM Wilayah Kedah Dan Pelancaran Kelab Usahawan AIM Cawangan Padang Terap

IMG 0411Sebagai melengkapi komponen latihan kepada Sahabat, pengurusan Zon Utara dengan kerjasama Wilayah dan Cawangan telah menganjurkan Seminar Usahawan AIM Wilayah Kedah pada 9 November 2014 bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, Kedah.

Sesi ceramah telah diaturkan dengan menampilkan penceramah-penceramah tersohor seperti Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa, personaliti TV Program Al-Kuliyyah dan Ustaz Mohd Firdaus bin Jaafar, Panel Penasihat Syariah daripada Ramly Food Processing Sdn. Bhd. Selain itu, Sahabat-sahabat turut didedahkan dengan peluang-peluang perniagaan melalui taklimat yang disampaikan oleh Cik Anis bin Zainal, wakil daripada syarikat Flormar Profesional Makeup serta Tengku Razali bin Tuan Yusof iaitu wakil daripada Jakel Trading Sdn. Bhd.

Program yang dihadiri oleh 1,000 orang Sahabat ini juga turut menjadi platform kepada pelancaran Kelab Usahawan AIM Cawangan Padang Terap. Pihak Ramly Food Processing Sdn. Bhd. turut berbesar hati menyumbang cek berjumlah RM1,000 sebagai suntikan semangat ke arah penubuhan Kelab Usahawan AIM Cawangan Padang Terap.

Majlis perasmian Seminar Usahawan AIM Wilayah Kedah dan Pelancaran Kelab Usahawan AIM Cawangan Kuala Nerang telah disempurnakan oleh Encik Nasran Kamil bin Noh, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Padang Terap. Dalam ucapan beliau, beliau memuji peranan yang dimainkan AIM dalam membangunkan ekonomi dan sosial masyarakat khususnya di daerah Padang Terap.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Che Mahdi Idris, Ketua Pegawai Operasi Zon Utara, Puan Rohana Mahamud, Pengurus Zon Utara, Puan Salina Jaafar, Pengurus Wilayah Kedah, Encik Remy Shahar Yahya, Pengurus Wilayah Perak serta barisan pengurusan Zon, Wilayah dan Cawangan yang lain.

Dalam majlis ini juga sebanyak 28 anugerah bagi 11 kategori turut disampaikan sebagai tanda penghargaan kepada Sahabat dan kakitangan yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam aspek keusahawanan, disiplin kredit, kreativiti dan inovasi. Semoga dengan adanya program seperti ini akan menjadi pemangkin ke arah mewujudkan komuniti usahawan AIM yang lebih maju dan berdaya saing. Galeri
Gambar oleh: Abdul Gafur Abdul Majid / Berita oleh: Mohamad Aizuddin Sabarudin

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: