Seminar Keusahawanan & Pelancaran Kelab Usahawan Ikhtiar Ipoh (KUSAIIP)

Ipoh, 10 Oktober 2015 - Dewan Institut Latihan Perindustrian Jelapang meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia sekitar Ipoh. Dengan kehadiran yang begitu meriah ini telah mengejutkan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, YB Datuk Hj. Aminuddin Bin Md Hanafiah yang hadir untuk melancarkan seminar dan pelancaran Kelab Usahawan Ikhtiar Ipoh, Perak. Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Che Mahdi Idris, Ketua Pegawai Operasi Zon Utara serta wakil pengurusan dan kakitangan Wilayah Perak.

YB Datuk Aminuddin mewakili YB Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua yang tidak dapat menghadiri majlis ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Gimik pelancaran disempurnakan dengan paluan gong dan acara memotong kek oleh YB Datuk Aminuddin diiringi oleh pengurusan AIM dan Pengerusi Kelab Usahawan Ikhtiar Ipoh. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah-anugerah kepada Sahabat untuk kategori Sahabat Emas, Sahabat Usahawan dan Pusat Terbaik.

Majlis ini berakhir dengan lawatan ke gerai-gerai jualan produk Sahabat oleh tetamu-tetamu jemputan. Sahabat AIM yang menghadiri program ini melahirkan rasa teruja dan berbesar hati dengan penubuhan kelab seumpama ini yang dapat melestarikan kejayaan Sahabat.

Teks dan foto : Gafur Majid