SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI AMANAH IKHTIAR MALAYSIA 2014

IMG 0204Pada hari Rabu 20 Ogos 2014, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya bagi menghargai warga kerja AIM yang berperanan menjayakan visi dan misi organisasi. Majlis ini juga diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak AIM dan pihak luar, khasnya, pihak media yang telah banyak membantu AIM dalam menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat.

Majlis ini dihadiri oleh Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM, En Norsharizal Mashahrin, Pengarah Urusan, Ahli Lembaga AIM, Penasihat Panel Syariah, wakil-wakil media, anak yatim dan seluruh warga kerja AIM.

Penyerahan sumbangan AIM kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima Berhad berjumlah RM135,675 telah disampaikan oleh Dr. Zubir Harun kepada Encik Azlan Abdul Aziz, Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat selaku wakil Media Prima Berhad. Sumbangan ini dikumpulkan daripada kakitangan dan Sahabat AIM di seluruh negara.

Majlis juga diserikan lagi dengan pemberian duit raya kepada kira-kira 100 anak-anak yatim dari Rumah Amal Nur Muhammad, Rumah Kasih Sayang (Khidmat Baitul Mahabbah) dan Asrama Damai yang terletak di sekitar Selangor.

Para pengunjung sekitar Bandar Sri Damansara meramaikan majlis dan menikmati juadah yang disediakan oleh kakitangan ibu pejabat AIM, Koperasi Sahabat, Koperasi Kakitangan serta AIM Sdn. Bhd. Majlis yang cukup meriah ini berakhir jam 4.00 petang. Diharap majlis sambutan sebegini dapat diadakan lagi di masa akan datang untuk mengeratkan lagi ukhwah antara warga kerja AIM dengan pihak luar. Galeri
Disediakan oleh: Mohd Yazid Zainudin

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: