Retreat Sabah Timur ( Pelan Pemulihan dan Pemantapan-Mendukung Visi dan Misi AIM )

Berubah untuk menjadi releven. Itu antara intipati dalam ucapan dasar oleh Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Dr. Zubir Harun dalam program Retreat Sabah Timur.

Program yang diadakan di Hotel Sandakan selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Februari itu turut dihadiri Pengarah Urusan, Encik Norsharizal Mashahrin; Ketua Pegawai Operasi, Encik Halid Abdullah Boestamam; Ketua Zon Sabah, Cik Hajah Jamilah Bisri serta pengurusan tertinggi dan kakitangan Wilayah Sabah Timur. Cawangan-cawangan yang terlibat dalam program Retreat ini ialah Ranau, Tongod, Kunak, Semporna, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Beluran dan Kinabatangan.

Program yang merupakan lanjutan dari Retreat AIM di Port Dickson. Wilayah Sabah Timur merupakan wilayah pertama yang diadakan program Retreat. Antara objektif diadakan program ini adalah supaya dapat mengenal pasti permasalahan PAR dengan lebih telus serta membentuk strategi dan pelan tindakan yang boleh dilaksanakan secara berkesan. Selain itu juga ia merupakan platfom untuk kakitangan dan pihak pengurusan berkongsi pengalaman dan berkomunikasi dengan lebih efektif.

Dalam program kali juga, Dr. Zubir memperkenalkan Misi dan Visi baru AIM. Beliau berharap dengan lahirnya Misi dan Visi baru ini, kakitangan AIM dapat memantapkan lagi operasi dalam mengukuhkan organisasi seterusnya menjadikan AIM menjadi institusi kewangan mikro yang diberkati dan bertaraf dunia.

Disediakan oleh: Abd Gafur Majid

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: