"Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera" Tema Hari Wanita 2013

Disediakan oleh: Saipul Nizam Mat

Tema Hari Wanita 2013 iaitu Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera adalah bertepatan pada masanya kerana keganasan terhadap wanita merupakan isu global yang masihmenghantui kebanyakan negara termasuk negara maju. Dalam hal ini, semua anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing bagi membenteras jenayah tersebut.

Setiap tahun, sambutan Hari Wanita memberikan makna yang mendalam kepada semua wanita di negara ini. Sesungguhnya wanita persis mutiara, semakin digilap semakin bersinar cahayanya. Justeru itu, wanita sebagai aset yang begitu tinggi nilainya perlu terus menyerlah. Kini wanita Malaysia akan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Sambutan Hari Wanita 2013, telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2013. Majlis turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur.

Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri berkata, wanita bukan sahaja penting untuk pembinaan negara, malah transformasi tidak mungkin berjaya tanpa peranan golongan wanita. Mereka berupaya untuk menjalankan tugas dan menggalas amanah yang diberikan dengan baik, samada dalam kerajaan mahupun keluarga.

Pada majlis tersebut juga, Perdana Menteri menyampaikan anugerah pengikhtirafan Respek Wanita kepada beberapa individu daripada pelbagai kategori sebagai Ikon di dalam usaha, dedikasi dan komitmen mereka dalam membenteras keganasan terhadap wanita.

Sempena majlis tersebut, pelbagai agensi kerajaan serta syarikat swasta turut terlibat dengan mengadakan pameran. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) turut terlibat dalam majlis ini dengan mengadakan pameran. Pengarah Urusan AIM, Datuk Hajah Zabidah Ismail turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang berlangsung seawall jam 9.00 pagi.

{gallery}hariwanita2013{/gallery}

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: