Program Retreat Wilayah Kedah 2014

Hotel Brasmana Putra, Kuala Perlis- Pada 20 Februari hingga 22 Februari 2014 telah berlangsung Program Retreat yang melibatkan tiga buah cawangan iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuala Muda, Kangar dan Perlis.

Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi dan mengumpul maklumat bagi penambahbaikan dalam memastikan AIM kekal relevan dalam industri kewangan mikro dengan mengambil tindakan Re-examine, Reposition, Rebranding, Restrategise dengan melihat semula visi dan misi AIM.

Program yang bertemakan “Mendukung Visi dan Misi AIM” dapat dilihat dengan kesungguhan peserta program membincangkan pelan tindakan masing-masing dalam mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak Lembaga AIM dan pengurusan AIM. Secara tidak langsung program ini dapat mengenalpasti isu dan permasalahan cawangan dengan lebih telus.

Program dihadiri oleh Pengerusi Lembaga AIM, YBhg Dr. Zubir Harun, Pengarah Urusan AIM, En. Norsharizal Mashahrin, Ketua Pegawai Operasi, En. Halid Hasbullah Boestamam, Pengarah Bahagian Pengurusan Risiko dan Pembangunan Korporat, Pn. Nor Fazidah Kadri, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, En. Yaacob Omar dan Ketua Zon Utara, En. Che Mahdi Idris.

Diakhir program Pengerusi Lembaga AIM, YBhg Dr. Zubir Harun berharap semua peserta bengkel dapat mencari pendekatan yang terbaik bagi memastikan semua perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan.

{gallery aligment=centre}retreatwilayahkedah2014{/gallery}


Teks dan Gambar oleh: Sidek Abd Razak

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: