Program Retreat Kelantan 2014

IMG 0244
Bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC), telah diadakan Program Retreat Kelantan untuk tahun 2014. Program yang diadakan selama dua hari itu bermula pada 26 hingga 27Jun 2014. Antara yang hadir dalam program tersebut ialah YBhg Dr Zubir Harun (Pengerusi Lembaga AIM), En. Norsharizal Mashahrin (Pengarah Urusan), En Said Muhamad Khalil Abdul Madza (Pengarah Perkhidmatan Sumber Manusia & Pentadbiran), En Yaacob Omar (Pengarah Perhubungan Korporat & Kesejahteraan), Pn Nor Zawiyah Ahmad (Ketua Zon Timur), En Faizal Noor Laiman (Ketua Zon Tengah), En Roslan Pakon ( Pengurus Wilayah Kelantan Utara) dan Noriah Md Nor ( Pengurus Wilayah Kelantan Selatan).

Hari pertama program terus dimulakan dengan pembentangan dan usul dari cawangan-cawangan Kelantan. Antara cawangan-cawangan yang terlibat ialah Kota Bharu 1 & 2, Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Pekan, PKMB Kota Bharu, Kok Lanas, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Dabong, Jeli dan Tanah Merah. Galeri

Teks & Gambar oleh: Gafur Majid

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: