Program Penyampaian Al-Quran Braille & Majlis Berbuka Puasa Bersama Insan Cacat Penglihatan


2 Julai 2015 – Bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Program Penyampaian Al-Quran Braille yang dihadiri 50 orang insan cacat penglihatan dari Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa Islam Malaysia. Program ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Ir. Haji Hamim Bin Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Turut hadir dalam program ini ialah Dr. Wan Sabri Bin Wan Hussin, Pengerusi Pertubuhan Integriti Insan Malaysia (MaHIS), YBhg Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Dr. A.Manaf Hussin, Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, Encik Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat & Kesejahteraan, Encik Said Muhamad Khalil Abdul Madza, Pengarah Perkhidmatan Sumber Manusia & Pentadbiran, Puan Hajah Ezatul Shareen Hamim, Pengawal Kewangan, Puan Rahana Abdul Rahman, Pengurus Unit Zakat, Wakaf & Infaq, Encik Mohd Khairul Amri Dato’ Amilhamzah, Pengurus Latihan Keusahawanan dan Encik Zawawi Zakaria, Pengurus Audit Dalaman.

YB. Datuk Ir. Haji Hamim menyampaikan ucapan perasmian dengan melahirkan rasa syukur atas keprihatinan semua pihak kerana sudi menghulurkan bantuan kewangan bagi menjayakan sumbangan Al-Quran Braille kepada insan cacat penglihatan. Di samping itu, beliau juga berharap agar usaha murni ini berterusan dalam melahirkan lebih ramai qari dan qariah di kalangan insan cacat penglihatan.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut menyampaikan Al-Quran Braille kepada Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa Islam Malaysia dan menghulurkan sumbangan duit raya kepada insan cacat penglihatan ini. Semua tetamu yang hadir dalam program ini juga telah diperdengarkan bacaan Al-Quran yang disampaikan oleh  seorang qari yang cacat penglihatan menggunakan Al-Quran Braille. Program ini telah diakhiri dengan acara berbuka puasa bersama-sama.

Teks: Mohd Yazid Zainudin
Gambar: Gafur Majid 

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: