Program Mobile CTC dan Jom Heboh di Perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong

10732360 881015095256352 1493168394 o









Bersempena Program Jom Heboh anjuran Rangkaian Media Prima yang telah  dijalankan di Perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menyertai Program Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile CTC. Program yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan ini telah berlangsung selama dua hari bermula pada 25 dan 26 Oktober 2014.Perkhidmatan Mobile CTC ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan bertujuan memberikan perkhidmatan yang diperlukan kepada penduduk luar bandar serta komuniti pedalaman dalam mempamerkan kesungguhan pihak kerajaan menyampaikan perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat.

Mobile CTC diadakan dengan harapan dapat membawa transformasi sosial kepada rakyat demi kesejahteraan negara. Ia merangkumi lima komponen utama antaranya menyediakan perkhidmatan memberi penerangan serta kesedaran kepada rakyat mengenai dasar, program dan aktiviti kerajaan melalui kementerian dan agensi kerajaan.

AIM merupakan salah satu agensi yang sentiasa turut serta dalam roadshow Mobile CTC yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan ini untuk menyampaikan maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh AIM kepada orang ramai. Antara perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuklah membuat atau menggantikan MyKad dan pemeriksaan kesihatan. Selain itu, perkhidmatan kaunter juga disediakan seperti KWSP, SPNB, JPJ, SSM dan sebagainya selain pameran oleh jabatan dan agensi kerajaan.

DSC 0107a
Berita & Gambar oleh: Dg Norasmeh Adnin