Program Lembaga Perwakilan SAHABAT Kebangsaan 2014

Pada 12 dan 13 Mac 2014 bertempat di Hotel Carlton Holiday & Suites Shah Alam, seramai 48 orang Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) Kebangsaan dari 12 wilayah telah menghadiri mesyuarat perwakilan peringkat nasional, dalam memastikan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menjadi peneraju dalam membantu golongan miskin di negara ini.

Program bermula dengan tazkirah pagi dan pengisian rohani oleh Ustazah Syaharina bt Abdullah dari Lembaga Zakat Selangor. Seterusnya program bersambung hingga ke petang dan diadakan perbahasan usul dari perwakilan pada sebelah malamnya, yang membincangkan perkara-perkara yang akan dibawa kepada peringkat pengurusan.

Dalam ucaptama perasmian program telah disempurnakan oleh Dr Zubir Harun, beliau menyatakan agar semua perwakilan yang dilantik, bersama-sama menggembleng usaha dengan pengurusan dalam melaksanakan pembaharuan bagi memastikan visi dan misi baru AIM dapat dicapai dengan jayanya.           
    
Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai kepentingan SAHABAT meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi menghadapi cabaran mendatang. Kerjasama yang telah dijalinkan dengan beberapa agensi kerajaan seperti Kolej Komuniti diharap dapat dimanfaatkan oleh SAHABAT dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran, sekali gus dapat menaikkan taraf ekonomi keluarga.

Antara yang hadir dalam program kali ini ialah En. Norsharizal Mashahrin (Pemangku Pengarah Urusan), En. Halid Hasbullah (Ketua Pegawai Operasi), Pn. Nor Fazidah Kadri (Pengarah Pengurusan Risiko dan Pembangunan Korporat), En. Yaacob Omar (Pengarah Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan), Cik Hajah Mazanah Abd Ghani (Pengarah MIIM), Ketua-ketua Zon dan pengurusan kanan AIM.

Persidangan LPS kali ini melabuhkan tirainya pada 13 Mac 2014. Semoga segala perbincangan dan segala keputusan dalam program kali ini memberikan kebaikan kepada semua pihak.
{gallery alignment=center}LPS2014{/gallery}
Teks & Gambar oleh: Gafur Majid