Program Karnival Jualan & Bentong Berselawat

Pagi 26 haribulan April 2014, Dataran Bentong meriah dengan kehadiran lebih 700 pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada SAHABAT Amanah Ikhtiar
IMG 0700
Malaysia (AIM) sempena Program Karnival Jualan dan Bentong Berselawat bermula seawal 7.30 pagi yang dianjurkan oleh AIM Cawangan Bentong.

Majlis dimulakan acara perbarisan masuk SAHABAT AIM mengikut blok. Selesai bacaan ikrar, program diteruskan dengan Ucapan Perasmian dan gimik pelancaran olek Pengerusi Lembaga AIM YBhg Dr. Zubir Harun. Turut Hadir dalam program ini ialah Ketua Zon Tengah En Faizal Noor Laiman, Pengurus Wilayah Pahang En Hashim Rajimun, Pengurus Pusat Pembangunan Usahawan En Khairul Amri, Pengurus Cawangan Bentong Puan Amalina Abdul Rahman dan wakil dari Pegawai Daerah Bentong.

Antara acara yang diadakan pada hari pertama program ialah boling padang, bolasepak persahabatan, pertandingan gubahan dan mewarna untuk kanak-kanak. Selain itu terdapat pelbagai hasil produk dan perkhidmatan SAHABAT AIM turut dipamerkan untuk jualan sepanjang karnival ini.

Kumpulan Syamsul Haq Al-Haqqani memulakan acara kemuncak Malam Cinta Rasul dengan membuat persembahan qasidah. Turut bersama dalam persembahan tersebut ialah Imam Muda Asyraf. Sungguhpun hujan mula turun kira-kira setengah jam kemudian namun ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk terus bersama-sama dalam program ini. Imam Muda Asyraf kemudian memberikan ceramah sehingga kira-kira jam 11.15 malam. Para pengunjung kemudian diajak berselawat beramai-ramai sebagai penutup program pada malam itu yang berakhir kira-kira 11.45 malam.

Hari terakhir pula diadakan acara senamrobik dan perlawanan bolasepak pada sebelah pagi. Majlis penyampaian hadiah merupakan acara terakhir untuk program ini yang tamat kira-kira jam 2 petang. Diharap program seperti ini dapat menjalinkan silaturrahim sesama SAHABAT, memberi peluang perniagaan kepada SAHABAT selain dapat memberi gambaran positif kepada masyarakat luar mengenai Amanah Ikhtiar Malaysia.
Teks oleh: Gafur Majid

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: