Program Jelajah UZWI Di Zon Utara

IMG 6285
Baling
15 Mei 2014, satu program Kesedaran Bersedekah Berzakat Dan Berwakaf anjuran Pejabat Zon Utara dengan kerjasama Unit Zakat Wakaf dan Infaq (UZWI) telah diadakan. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Sahabat-sahabat AIM Cawangan Baling dan Cawangan Hulu Perak, disamping memperkenalkan UZWI dan peranannya kepada masyarakat setempat.
    
Program  ini telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh En Che Mahdi Idris selaku Ketua Zon Utara. Dalam ucapannya beliau menyeru kepada Sahabat-sahabat AIM supaya bersama-sama untuk berzakat, berinfaq dan berwakaf melalui UZWI supaya dana tersebut dapat disalurkan kepada Sahabat lain yang memerlukan. Hadir sama menjayakan program tersebut ialah Pn Salina Bt Jaafar, Pengurus Wilayah Kedah/Perlis dan En Remy Shahar Bin Yahya, Pengurus Wilayah Perak. Selain daripada itu, pihak UZWI juga telah menjemput penceramah yang didatangkan khas daripada Pejabat Zakat Selangor untuk memberikan sedikit pencerahan berhubung tanggung jawab,peranan dan kesedaran bersedekah, berzakat dan berwakaf.

Manfaat sumbangan
Pada majlis tersebut, Adik Muhammad Ilmam Muqri Bin Muhamad Nazri (7 tahun)  yang juga anak kepada Pn Isma Intan Bt Bahri, Sahabat Pusat Auni  Nadrah AIM Cawangan Baling telah menerima sumbangan alat pendengaran daripada UZWI yang berlangsung di Dewan  3 Komplek Rakan Muda Baling. Manakala semasa majlis di Dewan Serbaguna Gerik, pihak UZWI telah menyumbangkan Kerusi Roda kepada Pn Rusnani Bt Sain Sahabat Pusat Tawakal cawangan Hulu Perak yang kehilangan sebelah kakinya kerana penyakit kencing manis.

Hasil daripada siri jelajah ini, pihak UZWI akan lebih terus ke arah mencapai sasaran penyumbang supaya manfaat bersama ini dapat diperkembangkan lebih kepada golongan yang memerlukan. Sehubungan itu, kegiatan promosi serta pendedahan kepada sahabat-sahabat serta ekosistem AIM terhadap Unit UZWI ini akan lebih diperluaskan. Galeri

Teks & Gambar: Tajul Asrul Syah B Mokhtar