Program Jalinan Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Bersama Masyarakat Kuala Pilah

22 Disember 2014 – Kuala Pilah, bertempat di Dewan Dato’ Bahaman telah berlangsung Program Jalinan Kasih AIM Bersama Masyarakat Kuala Pilah. Program ini dihadiri lebih 1200 orang Sahabat-sahabat AIM Cawangan Kuala Pilah.

IMG 0816
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB. Dato’ Sri Hasan Malek telah merasmikan program ini. Turut memeriahkan program iailah Datin Sri Noraini, Pengerusi Lembaga AIM, YBhg. Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga Koperasi Sahabat AIM, YBhg. Datuk A. Manaf Hussin, Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan serta Pengurusan Kanan AIM dan KPDNKK.

Objektif penganjuran program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan masyarakat Kuala Pilah dengan pemimpin serta sebagai tanda sokongan kepada pihak kerajaan terutamanya. Seramai 3588 orang Sahabat Kuala Pilah telah menerima manfaat daripada kerajaan yang disalurkan melalui AIM.
Dalam ucapan aluan, YBhg. Dr. Zubir menyeru semua Sahabat yang hadir memberi kesetiaan kepada kerajaan sebagai tanda sokongan dalam usaha kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat bumiputera terutamanya masyarakat Kuala Pilah dengan mengeluarkan pembiayaan berjumlah RM81 juta sejak penubuhan AIM Cawangan Kuala Pilah.

Dalam ucapan perasmian, YB. Dato’ Sri Hasan berkongsi rasa bangga dengan masyarakat Kuala Pilah yang menunjukkan komitmen dan tanggungjawab yang cukup baik. Dengan pencapaian 98.43% kadar bayar balik pembiayaan, pihak kementerian akan terus memberi sokongan kepada pengurusan AIM dalam usaha membantu golongan sasar dan segala aktiviti yang akan dilaksanakan nanti.

Beliau turut menyampaikan beberapa anugerah antaranya Anugerah Pusat Keberkesanan Operasi Terbaik, Pusat Kadar Kehadiran Terbaik, Pusat Komitmen Terbaik, Pusat Harapan dan Pusat Terbaik.

Pada akhir program, YB. Dato’ Sri Hasan dan tetamu kehormat telah dipersembahkan acara perbarisan oleh skuad Sukarelawan AIM Kuala Pilah. Galeri
Berita & Gambar Oleh: Sidek Abd Razak