Perbincangan Bersama Maybank Investment

Disediakan oleh: Nurul Izwanie Hashim

Pada 10 Januari 2014, satu perjumpaan antara Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan pihak Maybank Investment telah diadakan di Dataran Maybank, Bangsar. Perjumpaan tersebut adalah bagi membincangkan peluang kerjasama yang boleh diwujudkan antara kedua-dua pihak dalam tempoh terdekat.

Daripada pihak AIM, perbincangan telah diketuai oleh Pemangku Pengarah Urusan, Encik Norsharizal Mashahrin. Manakala, daripada pihak Maybank Investment pula, ia diketuai Pengarah Urusan Ekuiti Operasi Islam, Datin Ami Moris. Secara keseluruhannya, perbincangan dihadiri oleh enam orang daripada AIM dan lapan orang wakil daripada pihak Maybank Investment.

Perbincangan yang berlangsung selama hampir dua jam itu berjalan dengan lancar dan perbincangan lanjut mengenai hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak akan diadakan secara berperingkat kelak.
{gallery alignment=center}perbincanganbersamamaybankinvestment{/gallery}