Penyertaan AIM dalam Majlis Korban Aidiladha 1435H/2014 Peringkat Negeri Kelantan

Pada 6 Oktober 2014, Majlis Korban Aidiladha 1435H/2014 bersama Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, Kota Bharu, Kelantan. Acara tahunan ini telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Majlis ini lebih bermakna di atas keberangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang sudi mencemar duli untuk bersama-sama rakyat jelata. AIM diwakili Pengerusi Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun, Pengarah Urusan,  Encik Norsharizal Mashahrin, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Encik Yaacob Omar, Pengurus Kanan Ekosistem Zon Timur, Encik Saad Ishak, dan Pengurus Wilayah Kelantan Utara, Encik Roslan Pakon.

IMG 0430
Majlis korban yang dianjurkan pada setiap tahun ini disertai oleh pelbagai agensi termasuk syarikat korporat dan individu. Amanah Ikhtiar Malaysia Wilayah Kelantan Utara tidak ketinggalan menyumbangkan 3 ekor lembu, menjadikan jumlah keseluruhan lembu korban tahun ini sebanyak 44 ekor.

Silaturahim yang terjalin
Majlis yang berlangsung dengan jayanya ini berakhir sekitar jam 2.00 petang. Program ini dilihat dapat memupuk ikatan silaturahim antara peserta dan masyarakat setempat yang sama-sama bergandingan bahu untuk memeriahkan majlis. Diharapkan AIM dapat menyertai majlis sebegini pada tahun-tahun yang akan datang dengan penglibatan yang lebih besar, agar masyarakat umum dapat melihat dan merasai sumbangan AIM kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Galeri
Berita & Gambar oleh: Tajul Asrul Syah b. Mokhtar

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: