Penyerahan Bantuan Pasca Banjir AIM Pahang Barat


23 Jun 2015 – Bertempat di Dewan Taman Temerloh Jaya, Temerloh telah berlangsung Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir yang dihadiri lebih 200 orang Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia yang mewakili Cawangan Temerloh, Jerantut, Lipis dan Bera.

Turut hadir dalam majlis ini, YBhg Tuan Haji Shahaimi Othman, Ahli Lembaga AIM, Encik Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Encik Faizal Noor Laiman, Ketua Pegawai Operasi Zon Tengah, Encik Ruslan Muhammad, Pengurus Wilayah Pahang Barat, Encik Mohd Khairul Amri Dato’ Amihamzah, Pengurus Latihan Keusahawanan serta Encik Jamaludin Ayub, Penghulu Mukim Songsang, Temerloh.

YBhg Tuan Haji Shahaimi menyampaikan ucapan perasmian dengan melahirkan rasa syukur dengan keprihatinan pihak kerajaan terutamanya kepimpinan negara Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia memberi geran sebanyak RM100 juta bagi membantu Sahabat-sahabat AIM khususnya yang terjejas akibat musibah banjir pada tahun lalu.

Dalam majlis ini, Tuan Haji Shahaimi menyempurnakan penyerahan mesin jahit, mesin pengadun dan mesin pengisar kelapa dengan nilaian kos berjumlah RM78,000.00 kepada 47 orang Sahabat yang telah dikenal pasti menjadi mangsa musibah banjir pada tahun lalu. Merka yang menerima mesin-mesin sumbangan AIM ini adalah merupakan Sahabat Cawangan Temerloh, Jerantut, Lipis dan Bera.

Dalam majlis yang sama juga, Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) Zon Pahang Barat menyerahkan sumbangan RM15,020.00 yang telah berjaya dikumpul untuk diserahkan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah terutamanya kepada Sahabat-sahabat AIM yang terlibat.

Teks & Foto: Sidek Razak

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: