Pengurusan Kanan Ibu Pejabat bergabung membuat penambahbaikan proses pengurusan kualiti AIM

Disediakan oleh : Nor Fazidah Kadri

Port Dickson, 3 Julai – Pengurusan Kanan Ibu Pejabat telah bersama bergabung tenaga untuk membuat penambahbaikan kepada aliran prosesbisnes AIM secara holistik di dalam Bengkel Penulisan dan Penambahbaikan Prosedur Kualiti dan Manual Arahan Kerja. Bengkel anjuran Unit Pengurusan Kualiti dan Dokumentasi mempunyai objektif utama iaitu mengenal pasti disconnect yang berlaku antara SOP Bahagian, Jabatan dan Unit dalam AIM dan menghasilkan SOP dan MAK yang jelas dan menyeluruh.

Bengkel yang dirasmikan oleh Datuk Hajah Zabidah Ismail, Pengarah Urusan AIM itu mengumpulkan lima (5) Bahagian, dua (2) Jabatan dan tiga belas (13) unit memperuntukkan masa selama tiga hari dua malam dijangka akan dapat membentuk satu proses pengurusan AIM yang lebih berkualiti dalam penyaluran perkhidmatan kepada pelanggannya.

Datuk Pengarah Urusan dalam ucapan perasmian melontarkan hasrat supaya pengurusan AIM perlu menyahut cabaran untuk berubah melalui ekosistem yang lebih komprehensif dan lengkap untuk memenuhi kehendak SAHABAT yang semakin kompleks. Untuk memenuhi keperluan kepada perubahan sama ada dalaman mahupun luaran organisasi, kakitangan mestilah memenuhi elemen berikut;

    • Minda dan sikap yang sentiasa dahagakan kecemerlangan melalui kreativiti
    • dan inovasi secara terkawal
    •  Etika yang luhur dan beretika
    •  Pembangunan sumber manusia yang berpengetahuan dan mahir
    •  Budaya kerja yang berasaskan pengukuran prestasi yang jelas
    •  Daya kepimpinan yang kukuh

Pengisian bengkel dimulakan dengan pembentangan bertajuk “Penambahbaikan Proses” oleh Puan Nor Zawiyah Ahmad, Timbalan Pengarah Jabatan Latihan, Penyelidikan dan Pembangunan. Pembentangan itu menjejak kembali proses yang perlu dilalui di dalam pembinaan prosedur oleh kumpulan yang dilantik dan ia merupakan satu pengetahuan baru kepada pegawai muda yang sedang dilatih untuk membina prosedur di Bahagian, Jabatan dan Unit masing-masing.

Bengkel ini memberikan fokus kepada keperluan penambahbaikan ke atas empat puluh lima (45) prosedur dan tujuh belas (17) manual arahan kerja serta penambahan prosedur baru kepada unit yang baru ditubuhkan atau proses baru berdasarkan skop unit sedia ada. Selain dari itu, hubung kait proses di antara Bahagian, Jabatan dan Unit juga akan dibina melalui pembinaan aliran proses yang lebih melengkapi antara satu sama lain.

Hasrat pengurusan tertinggi terhadap bengkel ini adalah sebagai satu medan percambahan idea dan maklum balas dalam mencari kaedah terbaik ke arah penambahbaikan prosedur. Walaupun gerak kerja ini bertujuan untuk memenuhi keperluan standard ISO 9001:2008 namun ia mempunyai satu tujuan kepada natijah keseluruhan yang lebih luas iaitu aliran proses yang lebih jelas dan lengkap yang dapat membantu seluruh jentera AIM melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: