Pengarah Urusan AIM antara 15 ahli MKPTN baharu

 SDP8369
Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Encik Norsharizal Mashahrin telah dilantik sebagai ahli baharu Majlis Keusahawanan Pengajian Tinggi Nasional (MKPTN) dalam satu mesyuarat khas di Putrajaya.

Mesyuarat yang berlangsung pada 8 Julai 2014 itu dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga memegang portfolio Menteri Pendidikan. Beliau berharap pelantikan ahli baharu ini dapat menyumbang kepada idea dan memainkan peranan aktif dalam memberi input bagi membangunkan dasar berkaitan pembangunan keusahawanan institusi pengajian tinggi (IPT).

MKPTN adalah platform terbaik bagi menyediakan ekosistem terunggul untuk pelajar IPT mengorak langkah menjadi seorang graduan yang berminda keusahawanan dan seterusnya menjadi seorang usahawan.

Pada dasarnya, MKPTN ditubuhkan pada 15 Mac 2011 dengan objektif membantu kementerian menerusi peranan sebagai penggerak kepada perubahan jangka panjang budaya keusahawanan di IPT dan menjadi jambatan penghubung antara IPT dengan kerajaan, usahawan, industri serta alumni.

Turut menerima watikah pelantikan baru ialah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Technology Development Corporation (MTDC), Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad(PUNB), Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU). Galeri

Teks oleh: Nuru Izwanie binti Hashim / Gambar oleh: Sidek Abd Razak

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: