Peluang Menjana Pendapatan Sahabat

IMG 0132
Dalam usaha mewujudkan ekosistem yang baru dan lebih kondusif, satu pendekatan telah laksanakan oleh pihak pengurusan AIM iaitu melalui usaha sama dengan jabatan-jabatan kerajaan di daerah masing-masing.

Dengan usaha sama ini, satu memorandum persefahaman (MOU)  telah dimeterai bersama di antara AIM, Yayasan Sabah dan Rembau Kristal Sdn. Bhd. pada 15 Mei 2014 bertempat di Dewan Salingkawang, Pusat Kraftangan Sabah.

Perjanjian persefahaman ini ditandatangani oleh AIM diwakili oleh YBhg Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM, YB. Datuk Sepawi Haji Ahmad, Pengarah Yayasan Sabah dan YBhg. Dato’ Haji Halim Mansor, Ahli Lembaga Pengarah Rembau Crystal Sdn. Bhd. dengan disaksikan oleh YB. Datuk Haji Sairin Haji Karno, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap ADUN Liawan serta lebih 200 orang SAHABAT AIM Cawangan Keningau yang turut hadir pada majlis ini.

Jalinan kerjasama ini sebagai platform untuk menggerakkan usaha-usaha membantu keluarga miskin dan memajukan usahawan-usahawan desa di kampung-kampung di seluruh negeri Sabah.

Majlis ini juga diadakan bagi mendedahkan dan menyebarluaskan maklumat berkaitan pelaksanaan program latihan kraf tangan yang mana dapat menjana pendapatan sampingan melalui peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan dalam industri kraf tangan kepada semua SAHABAT di negeri Sabah khususnya.

Diakhir program Dr. Zubir Harun turut mengiringi YB. Datuk Haji Sairin Haji Karno melawat ruang pameran kraf tangan dan juga tempat membuat Kristal. Galeri

Teks & Gambar oleh: Sidek Abd Razak

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: