Pelancaran Kelab Integriti Usahawan dan Kesukarelawan Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Rompin


1 Mei 2015: Selaras dengan usaha ke arah mewujudkan komuniti peserta AIM (Sahabat) yang lebih kukuh, pelancaran Kelab Integriti Usahawan dan Kesukarelawan AIM Cawangan Rompin bakal menjadi platform dalam mengumpulkan usahawan AIM di peringkat mikro, kecil dan sederhana di bawah satu bumbung.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri. Barisan pengurusan AIM yang hadir ialah Datuk Haji Yusoff HM Haniff, Ahli Lembaga AIM, Tuan Haji Mohamad Shahaimi Othman, Ahli Lembaga AIM, Encik Faizal Noor Laiman, Ketua Pegawai Operasi Zon Tengah dan Encik Hisamuddin Sulaiman, Pengurus Wilayah Pahang Timur.

Majlis pelancaran yang telah dianjurkan oleh AIM ini dihadiri kira-kira 1,000 orang Sahabat sekitar Rompin, Pahang. Melalui penubuhan kelab ini, ia dijangka akan dapat mewujudkan jaringan perniagaan dan penciptaan aktiviti ekonomi secara komuniti yang lebih baik di samping membantu memelihara kebajikan sosial dan kesejahteraan ahli-ahlinya. Semoga dengan adanya kelab usahawan ini dapat memberikan manfaat dalam aspek ekonomi, kebajikan dan kesejahteraan kepada Sahabat AIM, khususnya di daerah Rompin.


Disediakan oleh: Mohamad Aizuddin bin Sabarudin
Gambar oleh: Gafur Majid