Mesyuarat Khas Lembaga Perwakilan Sahabat Kebangsaan 2018

Disediakan oleh: Zulhazli bin Zulkifli


Mesyuarat Khas Lembaga Perwakilan Sahabat Kebangsaan 2018 telah diadakan pada 17 April 2018 hingga 18 April 2018 bertempat di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. Mesyuarat Khas yang dihadiri oleh perwakilan dari seluruh wilayah dan badan pengurusan tertinggi AIM ini diadakan bagi membincangkan agenda khas yang di bentangkan oleh AIM dalam memastikan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menjadi peneraju dalam membantu golongan miskin di negara ini.


Dalam majlis suai kenal bersama Ketua Pegawai Operasi AIM, Encik Said Muhamad Khalil Abdul Madza, beliau menyeru agar semua perwakilan dapat memberikan kerjasama dan komitmen bagi memastikan perjalanan mesyuarat khas tersebut berjalan lancar dan tersusun.


Selain daripada itu, beliau turut menyeru agar usul yang akan dibentangkan dalam mesyuarat khas tersebut akan di bincangkan secara telus bagi memberi impak dan manfaat sepada seluruh sahabat dan organisasi AIM.


Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh Dato’ Dr. Zubir Harun, Pengerusi Eksekutif AIM,  Encik Yaacob Omar, Pengarah Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan dan Haji Mohd  Ramdani Kassim, Pengarah Kawalan Pembiayaan, Perancangan dan Bajet.

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: