Mesyuarat Kerjasama AIM dan Biro Tatanegara (BTN)

Isnin 3 Mac 2014:- Bertempat di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, diadakan perbincangan kerjasama di antara Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dengan Biro Tatanegara (BTN). AIM diwakili oleh Encik Yaacob Omar (Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan), Cik Hajah Mazanah Abd Ghani (Pengarah Malaysian Institute of Islamic Microfinance), Encik Said Muhamad Khalil Abdul Madza (Pengurus Besar Jabatan Sumber Manusia), Tuan Haji Zaini Ahmad Bidawi(Pengurus Kanan Centre for Professional Microfinance, MIIM) dan Encik Ruslan Mohamad (Pengurus Kanan Centre of Entrepreneurship Development, MIIM).

Dr Haji Hanafi Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Latihan) dari BTN berkata, pertemuan kali ini adalah sebagai menyambung hubungan yang pernah diadakan beberapa tahun dulu. Pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu antara lain membincangkan kaedah yang boleh dilaksanakan oleh BTN untuk melaksana program-program latihan untuk Kakitangan dan SAHABAT AIM.

Program yang meliputi latihan dan pendidikan yang akan dilaksanakan ini akan meningkatkan pengetahuan dan pemahaman terhadap nilai-nilai murni, semangat patriotisme dan kenegaraan.

Diharap kerjasama yang direncanakan ini dapat memberikan manfaat menyeluruh kepada warga AIM serta pihak BTN.

{gallery alignment=center}mesyuarataimbtn{/gallery}
Teks dan Gambar Oleh: Abdul Gafur Abd Majid

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: