Mesyuarat Jawatankuasa Membantu Keluarga Miskin Daerah Keningau

Isnin 11 Februari- Satu lagi sejarah tercipta di Daerah Keningau hari ini kerana bersatunya wakil-wakil dari agensi kerajaan untuk memberi bantuan kepada golongan miskin. Bertempat di Hotel Juta, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menganjurkan mesyuarat dan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Membantu Keluarga Miskin Cawangan Keningau.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia Dr. Zubir Harun itu turut dihadiri wakil Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Sairin Karno yang merupakan ADUN Liawan, wakil AIM Wilayah Sabah Barat dan Keningau, Kraftangan, FAMA, KEMAS, Jabatan Pertanian, Lembaga Industri Getah, MPOB, Lembaga Getah Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Peladang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sehubungan itu AIM telah melantik Datuk Sairin Karno sebagai Penaung bagi jawatankuasa tersebut.

Antara peranan jawatankuasa tersebut ialah:
• Menghubungkan dan menjalin kerjasama dalam beberapa bentuk perkhidmatan kepada golongan miskin.
• Mengetengahkan idea-idea pelaksanaan berimpak tinggi untuk dijadikan modal program pembangunan yang berkesan.
• Perkongsian pengalaman, maklumat dan teknikal dari masa ke masa.
• Menyokong, menyelaras dan merancang strategi, program atau aktiviti yang akan meningkatkan pembangunan berterusan golongan miskin.
• Mengendalikan program-program pengurangan kemiskinan secara tersusun dan berfokus.
• Membantu, memantau dan mengawal selia pelaksanaan program-program yang dirancang.

Pada sebelah petangnya pula telah diadakan majlis bersama YBhg Dr. Zubir Harun bersama SAHABAT Cawangan Keningau. Dalam majlis yang dihadiri wakil ADUN Liawan itu juga disampaikan sumbangan TKKS kepada SAHABAT.

Menurut En. Johan Suari, yang merupakan Penolong Pengurus Cawangan Mini Nabawan berkata, program seperti ini amat dialu-alukan oleh SAHABAT di kawasan ini kerana mendapat peluang-peluang baru dalam perniagaan. Selain itu juga, beliau berharap agar program sebegini dapat dipanjangkan ke wilayah-wilayah lain di seluruh Sabah.

Diharap dengan adanya penubuhan jawatankuasa dan kerjasama ini, SAHABAT di Keningau khususnya dan masyarakat di sekitar amnya mendapat manfaat dari segi mempelbagaikan perniagaan seterusnya dapat menambah pendapatan, pekerjaan dan juga ilmu pengetahuan.

{gallery alignment=centre}beritamesyuaratkeningau{/gallery}
Teks & Gambar oleh: Abd Gafur Majid

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: