MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TRI TAHUNAN KEPAIM DAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI

IMG 0676Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar Malaysia Semenanjung Malaysia (KEPAIM) telah menganjurkan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung sempena Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kali Ke 7 dan Majlis Sambutan Aidilfitri. Majlis tersebut telah diadakan pada 22 Ogos 2014 bersamaan 26 Syawal 1435 Hijrah di Swiss Inn Hotel, Sungai Petani, Kedah.

Majlis yang julung kalinya dianjurkan ini mempunyai objektifnya iaitu Merapatkan Hubungan antara KEPAIM dan Pengurusan AIM, Mendapatkan Maklumat Terkini Perkembangan AIM daripada Pimpinan Tertinggi AIM, Mengeratkan Hubungan Silaturrahim Sesama Ahli, Merapatkan Hubungan Ahli dan Pimpinan KEPAIM serta Meraikan Ulang Tahun ke 10 Penubuhan KEPAIM.

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga AIM, YBhg. Dr. Zubir bin Harun. Dalam ucapannya, beliau telah menjelaskan kedudukan prestasi semasa AIM serta cabaran yang perlu ditangani berkaitan isu PAR yang telah meningkat. Kekangan modal pembiayaan kepada Sahabat turut menjadi cabaran dalam usaha AIM meningkatkan kemudahan pembiayaan kepada Sahabat. Dalam ucapannya, beliau turut membayangkan bonus tahunan pada akhir tahun yang akan diberikan sekiranya prestasi kewangan bertambah baik dan terdapat lebihan pendapatan.

Pengarah Urusan AIM, En.Norsharizal bin Mashahrin juga hadir dalam majlis tersebut dan telah menyampaikan ucapan aluan. Beliau menyentuh tentang isu keselamatan dan pihak pengurusan telah mencadangkan kaedah pembayaran secara elektronik. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak pengurusan telah meneliti keseluruhan cadangan-cadangan daripada KEPAIM bagi Perjanjian Bersama 2014/2016. Menurut beliau, dari segi kemampuan kewangan, AIM sememangnya tidak mampu menunaikan keseluruhannya namun telah mempertimbangkan beberapa tuntutan yang dianggap relevan untuk dilaksanakan segera.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Encik Said Muhamad Khalil bin Abdul Madza, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, Encik Che Mahdi bin Idris, Ketua Zon Utara, Encik Remy Shahar bin Yahya, Pengurus Wilayah Perak, Puan Salina binti Jaafar, Pengurus Wilayah Kedah, Encik Samsuddin bin Abdullah, Pengurus Cawangan Pendang, Puan Raja Nurul Akma Binti Raja Harun, Pengurus Cawangan Sungai Petani dan Sazali bin Mat Taib, Pengurus Cawangan Kuala Muda/Yan, Encik Muhamed Dauzkaply Noor bin Dato’ Ghazali, Setiausaha MTUC Bahagian Negeri Sembilan dan Kamarul Bahrin bin Mansur, Penolong Setiausaha MTUC Bahagian Negeri Sembilan.

Seramai 350 orang terdiri daripada ahli dan jawatankuasa KEPAIM dari seluruh Semenanjung telah hadir dalam majlis tersebut. Galeri

Disediakan oleh: Fakururrazi Idris (Setiausaha Agung KEPAIM) / Gambar oleh: Sidek Abd Razak