Majlis Penyerahan Tabung Kebajikan Dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) Dan Sumbangan Bantuan Mangsa Banjir Sahabat AIM Beaufort, Keningau Dan Tenom

Pada awal bulan Februari 2014, satu banjir besar telah melanda Sabah yang melibatkan Daerah Beaufort, Keningau dan Tenom. Seramai 3,108 Sahabat AIM telah terlibat di dalam banjir tersebut dan mengakibatkan banyak kemusnahan dan kerosakan harta benda dengan kerugian dianggarkan mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

Atas dasar keprihatinan di atas kesulitan yang dihadapi oleh Sahabat- sahabat AIM tersebut, Amanah Ikhtiar Malaysia telah menyalurkan bantuan sumbangan melalui Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) yang berjumlah RM 621,600.00 kepada 3,108 Orang. Penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Ybhg. Dr Zubir Harun selaku Pengerusi Lembaga AIM pada 16-17 April 2014 yang lalu. Hadir sama bagi menjayakan majlis tersebut adalah Cik Hjh Jamilah Bisri, Ketua Zon Sabah, En Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Pn Nor Hayati Hussin , Pengurus Wilayah Sabah Tengah dan En Suharno Ali, Pengurus Wilayah Sabah Barat.

Sumbangan Pembayaran TKKS
BIL CAWANGAN BILANGAN SAHABAT JUMLAH BAYARAN (RM)
1 Beaufort 2,446 Orang 489,200.00
2 Keningau 77 Orang 15,400.00
3 Tenom 585 Orang 117,000.00
  Jumlah 3,108 Orang 621,600.00

Sumbangan Dan Serahan Bantuan Banjir Kepada Sahabat AIM

BIL CAWANGAN BILANGAN PUSAT BILANGAN SAHABAT
1 Beaufort 50 2,446 Orang
2 Keningau 5 77 Orang
3 Tenom 22 585 Orang
  Jumlah 77 3,108 Orang

Dengan rasa tanggungjawab dalam berbuat amal kebajikan terhadap Sahabat AIM yang terlibat dalam musibah tersebut, AIM telah berusaha mencari dana bagi membantu untuk meringankan beban yang dihadapi oleh Sahabat- sahabat tersebut. Dengan kerjasama yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk Koperasi Kakitangan AIM, Unit Zakat, Wakaf Dan Infaq, Pejabat-pejabat Daerah dan Pemimpin tempatan sekitar Beaufort,Keningau dan Tenom juga daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta kepada individu-individu yang telah memberikan sumbangan secara peribadi, telah menjadikan majlis ini dapat disempurnakan dengan jayanya.

Dengan adanya program dan majlis seperti ini telah menjadikan sebagai satu menifestasi dimana AIM bukan hanya sekadar menyalurkan pembiayaan kepada Sahabat tetapi ianya lebih bersifat persaudaraan dan ukhwah di kalangan Sahabat tanpa mengira latarbelakang agama, bangsa dan batasan geografi. Sikap saling bantu-membantu dengan ikhlas juga merupakan satu kekuatan yang mewarnai kehidupan Sahabat AIM sehingga berjaya mendokong AIM menjadi sebuah Organisasi kewangan mikro yang terunggul, dinamik dan diberkati.
{gallery alignment=center}MajlisPenyerahanTKKSSabah{/gallery}


Teks & Gambar oleh: Tajul Asrul Shah b. Mokhtar

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: