Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir (mesin jahit) Wilayah Kelantan Selatan

Amanah Ikhtiar Malaysia meneruskan usaha membantu Sahabat yang ditimpa musibah banjir dengan penyerahan mesin jahit dalam satu majlis yang diadakan di Institut Pengurusan Peladang Machang, Kelantan.

Pemberian fasa pertama hasil profiling untuk musim banjir tempoh hari ini bermula dengan pemberian 103 buah mesin jahit kepada 70 Sahabat dari Kuala Krai dan 33 Sahabat dari Tanah Merah.

Majlis yang dirasmikan oleh Encik Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat dan Kesejahteraan ini turut dihadiri Encik Amir Hamzah Rahmat, Pengurus Kanan Jabatan Kewangan Bukan Teras serta pengurusan AIM Kelantan Selatan.

Encik Yaacob berkata pemberian ini diharap dapat merancakkan 30 peratus aktiviti ekonomi Sahabat, terutama untuk mereka yang terjejas dengan musibah banjir. AIM sentiasa komited dalam membantu dan memastikan perniagaan Sahabat berjalan seperti sebelumnya.

Berita / Gambar       : Abdul Gafur Abd Majid

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: