Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Cawangan Kuala Krai


Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuala Krai yang merupakan antara cawangan yang teruk terjejas akibat bencana banjir. Hampir 60% sahabat-sahabat dari cawangan ini menjadi mangsa bencana banjir baru-baru ini. Atas dasar keprihatinan pihak pengurusan AIM, majlis penyerahan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir telah diaturkan melibatkan sejumlah 250 orang penerima di Kuala Krai dan Manek Urai.

Sesi penyerahan pada kali ini turut mendapat kerjasama pihak Ibu Pejabat yang menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kering dan makanan siap masak hasil keluaran Sahabat Ikhtiar Retort Sdn Bhd serta Zon Utara yang terdiri daripada Wilayah Kedah/ Perlis dan Wilayah Perak/ Pulau Pinang yang turut membawa keperluan seperti tuala, selimut, telekung dan periuk nasi elektrik.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM. Majlis turut dihadiri oleh Ahli Lembaga AIM iaitu YBhg. Datuk Haji Yusoff HM Haniff dan Tuan Haji Mohamad Shahaimi Othman. Hadir sama dalam majlis ini ialah pihak pengurusan AIM iaitu Encik Yaacob Omar, Pengarah Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Puan Nor Zawiyah Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Zon Timur, Encik Che Mahdi Idris, Ketua Pegawai Operasi Zon Utara, pihak pengurusan Zon Utara dan Wilayah Kelantan Selatan.

Dalam ucapan YBhg. Dr. Zubir Harun, beliau melahirkan rasa simpati atas bencana yang menimpa Sahabat-sahabat dan turut menzahirkan inisiatif bagi membantu Sahabat-sahabat bagi mendapatkan semula peralatan-peralatan perniagaan yang telah musnah sebagai langkah membantu sahabat memulakan semula perniagaan yang terjejas.

Pihak Lembaga dan pengurusan juga turut meluangkan masa melawat beberapa kawasan yang teruk terjejas banjir di Kuala Krai dan Manek Urai Lama. Semoga dengan penyerahan bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung sahabat yang terjejas dalam bencana tersebut.Galeri

Disediakan oleh : Mohamad Aizuddin Sabarudin
Gambar oleh : Tajul Asrul Syah Mokhtar