MAJLIS MERAIKAN KAKITANGAN AIM WILAYAH SABAH BARAT & WILAYAH SABAH TENGAH

IMG 0091
10 Oktober 2014
: Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) peringkat Wilayah Sabah telah diadakan di Grand Ballroom, 1 Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis diadakan bertujuan menghargai sumbangan kakitangan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang pada tahun 2013.

Dua belas anugerah telah disediakan antaranya Anugerah Kemasukan Sahabat Tertinggi, Anugerah Bilangan Pinjaman Tertinggi, Anugerah Cawangan Kapasiti Penuh, Anugerah Cawangan Tanpa Portfolio Berisiko, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang serta Anugerah Perkhidmatan 10 Tahun.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM, berharap kakitangan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Kakitangan yang menunjukan prestasi yang cemerlang wajar diberi penghargaan. Justeru itu, kecemerlangan ini diharapkan dapat terus dikekalkan agar kegemilangan AIM terus relevan.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Norsharizal Mashahrin, Pengarah Urusan AIM, Encik Said Khalil Abdul Madza, Pengarah Jabatan Pengurusan Sumber Manusia, Cik Hajah Jamilah Bisri, Ketua Zon Sabah, dan Encik Suhaimi Abdullah, Pengurus Ekosistem Zon Sabah.

Pertandingan boling juga turut diadakan pada sebelah petang di pusat UBowl 1 Borneo. Galeri
Berita & Gambar oleh: Sidek Abd Razak

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: