Majlis Menandatangani MOU Bersama Pusat Zakat Negeri Sembilan

Seremban, 21 Ogos 2015 - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) secara rasminya telah dilantik oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) sebagai wakil kutipan zakat harta di Negeri Sembilan.

Majlis menandatangani MOU tersebut telah berlangsung di Bangunan PZNS. Seremban. Di pihak PZNS terdiri daripada 5 orang yang mewakili Ustaz Nor Azmi bin Musa, Pengurus Besar PZNS dan Ustaz Zamru bin Samsudin, Ketua Unit Dakwah dan Korporat bagi menandatangani memorandum tersebut. 

Manakala wakil pihak AIM adalah Encik Yaacob bin Omar, Pengarah Perhubungan Korporat & Kesejahteraan, Puan Rozita binti Muhamad, Ketua Pegawai Operasi Zon Selatan, Encik Zulkifli bin Che May Penolong Pengurus Wilayah Negeri Sembilan Melaka serta pihak UZWI.

Tujuan kerjasama ini adalah bagi menyebarluaskan kefahaman dan kesedaran zakat dikalangan Kakitangan dan Sahabat AIM Negeri Sembilan/Melaka. Di samping itu, kerjasama ini memberi kelebihan kepada seluruh ekosistem AIM bagi melaksanakan kewajipan dalam pembayaran zakat.

Teks: Azrul Mat Ros  Gambar: Gafur Majid