Majlis Korban Perdana AIM Wilayah Kelantan

IMG 0770
Pada 7 Oktober 2014, Majlis Korban Perdana AIM Wilayah Kelantan 1435H/2014 telah diadakan di Kg Sokor, Kok Lanas bersama kakitangan dan Sahabat-sahabat AIM seluruh Kelantan.
 
Program yang julung kalinya diadakan ini merupakan gabungan inisiatif Pengurusan Wilayah Kelantan Utara, Wilayah Kelantan Selatan dan Zon Timur. Acara bermula seawal jam 8.00 pagi dengan kerjasama penduduk setempat. Dalam majlis ini, lima ekor lembu telah disembelih. Dua ekor lembu dimasak sebagai hidangan jamuan manakala selebihnya diagihkan pada majlis tersebut.  
    
Majlis Korban Perdana ini lebih bermakna dengan kehadiran Pengarah Urusan, Encik Norsharizal Mashahrin. Dalam ucapannya beliau berkata, “Majlis seperti ini dapat memberikan peluang kepada pihak pengurusan, kakitangan, Sahabat dan penduduk setempat membina jalinan ukhwah yang lebih baik selain dapat mendekatkan lagi peranan AIM kepada masyarakat”. Hadir sama ke majlis ini ialah Pengurus Kanan Ekosistem Zon Timur, Encik Saad Ishak, Pengurus Wilayah Kelantan Utara, Encik Roslan Pakon, dan Pengurus Wilayah Kelantan Selatan, Puan Noriah Md Nor.

Acara kemuncak majlis
Majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Al Fadil Ustaz Shafudin Salleh, Pengetua Madrasah Sekolah Agama Bukit Mas, Tanah Merah, Kelantan. Ceramah bertajuk “Pengertian Korban” telah disampaikan kepada lebih 250 orang tetamu yang hadir. Penyerahan daging korban kepada penduduk kampung terpilih merupakan acara kemuncak majlis diikuti jamuan makan yang disediakan oleh Sahabat AIM secara bergotong-royong. Majlis Korban Perdana ini telah berakhir sekitar jam 2.00 petang. Galeri
Berita & Gambar: Tajul Asrul Syah b. Mokhtar