Majlis Graduasi AIM 2014

Alhamdulillah ... pada 18 November 2014 di Dewan Dato’ Amihamzah, berlangsung Majlis Graduasi AIM 2014 anjuran Malaysian Institute of Islamic Microfinance (MIIM) dengan kerjasama Politeknik Sultan Azlan Shah. AIM sekali lagi melakar sejarah apabila seramai 59 orang graduan menerima Sijil Asas Perakaunan. Para graduan terdiri daripada kakitangan AIM dari seluruh Semenanjung Malaysia, merangkumi Pegawai Amanah, Penolong Pegawai Kerja, Pembantu Amanah Akaun dan Pembantu Amanah Usahawan.  

Selain meraikan graduan, Majlis Graduasi ini juga adalah tanda penghargaan kepada tenaga-tenaga pengajar Politeknik Sultan Azlan Shah & CPIM yang telah bertungkus lumus memberi bimbingan kepada semua pelajar. Program Sijil Asas Perakaunan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kompetensi kakitangan AIM dalam mengaplikasikan secara jelas asas perakaunan berdasarkan standard perakaunan semasa dalam penyediaan Imbangan Duga dan Penyata Kewangan. Program ini juga akan memberikan pendedahan pelajar terhadap teknik-teknik perakaunan dalam penyediaan Akaun Kawalan berdasarkan konsep persamaan perakaunan.

Majlis Graduasi AIM 2014 ini dirasmikan oleh Pengerusi AIM, Dr. Zubir Harun. Turut hadir Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah, Ybhg. Lt. Kol. (PA) Abd Karim Jaafar, Pengarah MIIM, Hajah Mazanah Abd Ghani, tenaga-tenaga pengajar Politeknik dan CPIM, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Zon, Pengurus-Pengurus AIM yang mewakili Unit/Jabatan di AIM.

Selain penyampaian sijil, Dr. Zubir juga turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Emas AIM dan Anugerah Kepimpinan Terbaik. Berikut senarai penerima anugerah bagi kedua-dua kategori:
1.    Anugerah Emas AIM
En. Ahmad Miun Zamani (Pengambilan ke-2)
Pn. Nur Atiqah Mohamad (Pengambilan ke-3)

2.    Anugerah Kepimpinan Terbaik
En. Ahmad Fakrudin Ishak

Di akhir majlis, Dr. Zubir diiringi oleh Pengarah Politeknik, Pengarah MIIM dan tenaga-tenaga pengajar bergambar dalam kumpulan.

Syabas dan sekalung tahniah diucapkan kepada semua AJK dan kakitangan terlibat yang memberikan komitmen padu dalam menjayakan Majlis Graduasi AIM 2014 ini. Semoga segala usaha kita mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Galeri
Berita oleh: Hafia Norsha Shareh / Gambar oleh: Gafur Majid