Majlis Anugerah Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Kedah 2013

Disediakan oleh: Nurul Izwanie Hashim

Seramai sepuluh orang sahabat terpilih sebagai SAHABAT Usahawan Kedah 2013 dari cawangan Kuala Muda/ Yan dan Kota Setar. Perkara ini telah diumumkan dalam satu Majlis Anugerah Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) peringkat Negeri Kedah pada 1 November 2013 yang lalu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, Yan, Kedah ini menghimpunkan lebih 2,000 SAHABAT dari AIM Cawangan Yan/ Kuala Muda, Kota Setar, Pendang dan Sungai Petani.

Anugerah itu bertujuan mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada SAHABAT AIM yang telah berusaha mencapai sasaran pendapatan RM3,500.00 dan ke atas.

AIM sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh SAHABAT bagi meningkatkan taraf hidup dan juga ekonomi mereka. Sokongan ini selari dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan taraf pendapatan rakyat ke  arah menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Selain itu, penganjuran majlis ini dilihat sebagai salah satu usaha yang akan memberi inspirasi kepada SAHABAT yang lain untuk menjadi usahawan, dan pada masa yang sama membuka jalinan hubungan antara ahli.

Penilaian untuk memenangi anugerah SAHABAT Usahawan adalah berdasarkan kepada kriteria tertentu iaitu perolehan pendapatan yang melebihi RM3,500.00 dan ke atas. Antara penerima anugerah pada majlis berkenaan adalah:

    1. Kalsom Ibrahim : Pembekal barangan farmasi
    2. Siti Aishah Medah : Sate dan ayam goreng
    3. Che Nah Saad : Hardware
    4. Noraini Mat Ali : Kedai runcit dan bahulu
    5. Che Norlia Daud : Bengkel kereta
    6. Natipah Ismail : Bendang
    7. Zaiton Ahmad : Mesin padi dan bendang
    8. Aishah Md Saad : Mesin padi dan bendang
    9. Siti Aminah Zain : Kantin sekolah dan bas kilang
    10. Noorliza Ahmad : Bihun sup dan daging beku.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B. Dato’ Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir. Hadir sama dalam majlis adalah Pengerusi AIM, YBhg Dr. Zubir Harun serta kakitangan AIM dari cawangan Sungai Petani, Pendang, Kuala Muda/Yan, serta beberapa kakitangan Wilayah Kedah/Perlis dan ibu pejabat AIM.
{gallery}majlisanugerahusahawanaimkedah2013{/gallery}


Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: