Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Perak dan Pulau Pinang

IMG 1001Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Perak dan Pulau Pinang telah berlangsung pada 24 Ogos 2014, di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak.

Seramai 88 orang kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang disampaikan oleh Ketua Zon Utara, En. Che Mahdi Idris. Para penerima APC menerima RM1000, plak serta sijil penghargaan.

Pengarah Urusan AIM, En. Norsharizal Mashahrin mengucapkan tahniah kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dengan mengatasi pencapaian pada tahun sebelumnya. Beliau telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan 10 tahun kepada lapan orang kakitangan.

Dalam ucapan perasmiannya, Pengerusi Lembaga AIM, YBhg. Dr. Zubir Harun merasa bangga dengan semua kakitangan AIM Wilayah Perak dan Pulau Pinang dalam melaksanakan tanggungjawab menyalurkan pembiayaan kredit mikro kepada golongan yang memerlukan. Dr Zubir juga turut menyampaikan Anugerah ZERO PAR kepada lapan cawangan, antaranya, Cawangan Batang Padang, Cawangan Hilir Perak dan Cawangan Kerian.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, En. Yaacob Omar, Ketua Zon Tengah, En. Faizal Noor Laiman, Pengurus Ekosistem Zon Utara, Pn. Rohana Mahmud dan Pengurus Ekosistem Zon Tengah, En. Azmi Sharif.

Diharapkan majlis ini dapat memberi suntikan semangat kepada kakitangan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam melaksanakan tanggungjawab mengurangkan kadar kemiskinan Negara. Galeri
Berita Oleh: Ismail Yahya (Cawangan Kerian) / Gambar oleh: Sidek Abd Razak