Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang AIM Wilayah Kedah

IMG 0223
Pada 22 Ogos 2014, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi pencapaian tahun 2013 telah berlangsung di Park Avenue, Sungai Petani Kedah.

Sebagaimana tahun-tahun yang lepas, Majlis APC diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai perkhidmatan cemerlang yang diberikan kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia. Perkhidmatan cemerlang ini dapat dijadikan contoh dan ikutan serta memberi pengaruh yang menggerakkan kecergasan bekerja dan daya usaha rakan-rakan yang lain.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dr. Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM berkata, penganugerahan ini penting untuk memberi pengiktirafan kepada kakitangan yang menunjukkan kecemerlangan dalam tanggungjawab masing-masing. Bagi menjana kecemerlangan yang sesuai, mengikut hala tuju baru seiring dengan transformasi AIM, setiap daripada kita hendaklah membuat anjakan paradigma atau pun perubahan ‘mindset’ supaya lebih berilmu dan sentiasa bersikap dan berfikiran terbuka. Untuk menerima perubahan ini, kita juga harus berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran atau kepakaran yang tertentu bagi meningkatkan lagi kualiti kerja masing-masing.

Majlis ini turut dihadiri oleh En. Norsharizal Mashahrin, Pengarah Urusan AIM, En. Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, En. Said Khalil Abdul Madza, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran, dan En. Remy Shahar Yahya, Pengurus Wilayah Perak.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah disampaikan oleh En. Norsharizal kepada 48 orang kakitangan daripada Cawangan Pendang, Padang Terap dan beberapa cawangan yang lain.

YBhg. Dr. Zubir Harun turut menyampaikan beberapa anugerah kakitangan antaranya, Anugerah Perkhidmatan 10 Tahun dan Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun.

Majlis juga diserikan dengan cabutan nombor bertuah yang menawarkan beberapa hadiah menarik, termasuk barangan elektrik dan hamper makanan. Galeri

Berita & Gambar oleh: Sidek Abd Razak

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: