Lawatan Pengerusi AIM ke Kampung Numbak, Tuaran Sabah

Teks dan Gambar Oleh: Abdul Gafur Abd Majid

Sahabat di Kampung Numbak, Tuaran, Sabah berpeluang menambah pendapatan harian mereka dengan menghadiri program keusahawanan yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Usahawan (UPU). Dalam program ini Sahabat dapat mempelajari teknik membuat keropok lekor, bebola ikan dan mee kuning. Program ini dihadiri oleh Ybhg. Dr Zubir Harun, Pengerusi Lembaga AIM, Encik Ruslan Mohamad, Pengurus Kanan UPU, Puan Norhayati Hussin, Pengurus Wilayah Sabah Barat dan En Roslan Rudat, Pengurus Cawangan Tuaran.

Ini merupakan satu usaha AIM untuk menambah pendapatan Sahabat di kawasan tersebut yang dilanda musibah. Sebahagian perumahan di kampung itu telah terlibat dalam kebakaran sebanyak dua kali dalam tahun 2013. Program ini juga antara janji yang dikotakan oleh AIM melalui Dr Zubir Harun ketika beliau melawat mangsa kebakaran.

Dalam ucapannya, Dr Zubir menggalakkan pelaksanaan program ini dengan lebih banyak lagi untuk meningkatkan kemahiran Sahabat, sekaligus menjana pendapatan tambahan mereka. Beliau turut mencadangkan Sahabat supaya mempelbagaikan produk dan tidak mengusahakan perniagaan yang sama dengan Sahabat setempat. Di samping itu, beliau meminta supaya produk yang dihasilkan adalah yang terbaik dan bersih agar menjadi pilihan pertama penduduk setempat. Beliau seterusnya memaklumkan lebih banyak lagi bantuan akan menyusul.

Menurut Wan Juliza Wan Su, tenaga pengajar keropok lekor yang berasal dari Terengganu, penduduk di kampung ini bertuah kerana bahan untuk membuat keropok lekor (ikan) banyak terdapat disini dan harganya sangat murah. Beliau turut menyuarakan keyakinan bahawa Sahabat di Kampung Numbak ini dapat menghasilkan produk yang berkualiti berdasarkan hasil yang ditunjukkan semasa program berlangsung.

Dalam program ini juga, Encik Ruslan mempersembahkan slide kejayaan Sahabat dari Semenanjung dalam program-program UPU sebelum ini. Ini diharap dapat memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada Sahabat untuk terus berikhtiar menambah rezeki.
{gallery alignment=center}lawatankgnumbakdrzubir{/gallery}


Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: