Kunjungan Hormat AIM Wilayah Negeri Sembilan & Melaka Ke Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)

IMG 0059
Pada petang 20 haribulan November 2014, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB Dato’ Hasan Bin Malek di Putrajaya.

Kunjungan ini diketuai oleh Pengerusi Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun. Turut serta dalam kunjungan ini ialah wakil pengurusan AIM, pengurusan ekosistem zon selatan, serta kakitangan dan SAHABAT dari cawangan Kuala Pilah. Kunjungan itu bagi membincangkan usahasama antara AIM dengan KPDNKK bagi program yang bakal diadakan pada Disember nanti.

Dalam perjumpaan itu juga, Dato’ Hasan Malek menerima sepasang baju korporat sempena ‘Program Jalinan Kasih Amanah Ikhtiar Malaysia Bersama Masyarakat’ itu nanti. Galeri

Berita & Gambar oleh: Gafur Majid