KESEPAKATAN KE ARAH MEWUJUDKAN KERJASAMA AIM DAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS)

Bertempat di pejabat Perbadanan Wakaf Selangor, Shah Alam, satu mesyuarat kerjasama di antara Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah diadakan.

IMG 6336
Mewakili pihak AIM, sesi mesyuarat ini telah dihadiri oleh Pemangku Pengarah Urusan, Encik Norsharizal Mashahrin, Pengarah Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Encik Yaacob Omar serta pegawai Undang-undang dan pegawai Unit Zakat, Wakaf dan Infaq (UZWI)  AIM.

PWS pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Abu Bakar bin Yang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Anuar Hamzah bin Tohar dan beberapa pegawai PWS yang lain.

Selari dengan hasrat AIM untuk mengimarahkan zakat, wakaf dan infaq melalui penubuhan UZWI, objektif utama pertemuan ini adalah untuk memfokuskan kerjasama AIM dan PWS dalam melaksanakan wakaf khas yang bakal dikenali dengan Wakaf Selangor – Ikhtiar.

Pertemuan pada kali ini yang merupakan rentetan daripada pertemuan yang diadakan sebelumnya telah berjaya mencapai kesepakatan di mana secara dasarnya kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mewujudkan kerjasama dalam usaha ke arah menyebarluaskan lagi amalan berwakaf khususnya kepada warga AIM.

Semoga dengan bakal tercetusnya jalinan kerjasama di antara AIM dan PWS akan menyemarakkan amalan berwakaf di negara ini dan seterusnya membantu meningkatkan lagi ekonomi ummah. 

{gallery alignment=center}MesyuaratKerjasamaAIMPWS{/gallery}

Teks & Gambar oleh: Mohamad Aizuddin Sabarudin