KELAB USAHAWAN IKHTIAR PEKAN (KUIP) TERIMA PERUNTUKAN RM400,000

Berita oleh : Pn Noraini Hussein

Pekan, Pahang – Bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah telah berlangsung Program Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Parlimen Pekan. Himpunan yang mengumpulkan lebih 2,600 orang Sahabat AIM Cawangan Pekan ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Dalam program ini, Dato’ Sri Najib telah mengumumkan peruntukan khas AIM berjumlah RM100 juta bagi penambahan had pembiayaan I-Sejahtera yang sebelum ini RM10,000 (maksimum) kepada RM15,000 dan pinjaman I-Wibawa ditingkatkan dari RM5,000 kepada RM15,000.


Lebih membanggakan Najib turut mengumumkan peruntukan RM400,000 daripada pihak kerajaan khusus untuk KUIP menjalankan aktiviti pada tahun ini. Beliau turut menyebut bahawa saban tahun kerajaan tidak pernah melupakan AIM dalam peruntukan bajet semasa kerajaan.


Najib juga turut menyampaikan anugerah 5 anugerah kepada 12 orang Sahabat AIM.

 

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: