HARI BERSAMA PELANGGAN DAN KEMPEN DERMA DARAH “SETITIS DARAH PENYAMBUNG NYAWA” AMANAH IKHTIAR MALAYSIA

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah menganjurkan Hari Bersama Pelanggan dan Kempen Derma Darah “Setitis Darah Penyambung Nyawa” bertempat di Menara Amanah Ikhtiar, Bandar Sri Damansara. Penganjuran program yang merupakan inisiatif Unit Pentadbiran dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat telah berjaya mengetengahkan penglibatan kesemua 10 orang pelajar Latihan Industri sebagai jawatankuasa utama dalam merasai pengalaman dunia kerjaya sebenar.

Perasmian program telah disempurnakan oleh En. Norsharizal Mashahrin, Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia dan turut dihadiri oleh Encik Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan, Encik Said Muhammad Khalil bin Abdul Madza, Pengarah Perkhidmatan Sumber Manusia dan Pentadbiran serta Dr. Indra Jeyajothi Ratnam, Pegawai Perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya selaku penceramah jemputan.

Pelbagai aktiviti telah disediakan di antaranya pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Pejabat Kesihatan Petaling, pemeriksaan mata percuma oleh Menara Optometry Center Sdn. Bhd., program derma darah kelolaan Pusat Perubatan Universiti Malaya, taklimat tabungan haji oleh syarikat Energy Mark 2 & 1 Consultant’s, kaunter informasi dan jualan daripada Koperasi Sahabat, KAIMB, Bank Rakyat, UZWI, serta Sahabat-sahabat daripada Cawangan Ampang dan Kepong.

Sambutan program agak menggalakkan di mana seramai 54 orang yang terdiri daripada kakitangan, Sahabat dan orang awam telah menyertai kempen menderma darah yang dijalankan di samping pelanggan-pelanggan yang hadir juga turut memanfaatkan peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan mata serta mendapatkan informasi dan produk-produk Sahabat di kaunter dan gerai yang disediakan.

Melihat kepada sambutan yang diterima, diharapkan program seperti ini khususnya kempen derma darah yang julung kalinya diadakan dapat membantu meningkatkan lagi imej AIM, memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat umum.
Berita oleh: Jamilah Manshor

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: