EXCO Kerajaan Negeri Perak Hadir ke Majlis Pelancaran Kelab Usahawan Ikhtiar

15 Oktober 2015, bertempat di Dewan Lobi 1 & 2, Hotel Casuarina Meru, Ipoh telah berlangsung Seminar Keusahawanan dan Pelancaran Kelab Usahawan Ikhtiar Gopeng Perak (KUSAIGP).

Exco Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak, YB Dato’ Dr. Mohd Nizar Hj. Zakaria hadir bagi merasmikan seminar, seterusnya melancarkan KUSAIGP yang dihadiri seramai 500 orang Sahabat AIM Cawangan Kinta.

Turut hadir dalam majlis ini Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), YBhg. Dr. Zubir Harun, Timbalan Pengerusi Lembaga AIM, YBhg. Datuk Dr. A. Manaf Husin, Ketua Pegawai Operasi Zon Utara, En. Che Mahdi Idris, dan En. Hamdi Hj. Hassan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gopeng serta Pengurus Wilayah Perak Utara dan Perak Selatan.

Dalam majlis ini, ahli jawatankuasa kelab usahawan turut menerima sijil penyertaan daripada Epple 2, pengedar mesin jahit berjenama Apple kerana telah terlibat secara langsung dalam membuat beg kain terbesar dan tersenarai dalam Guinness World of Record.

Pada akhir majlis, YB sempat beramah-mesra bersama Sahabat-sahabat AIM Cawangan Kinta dan menyarankan agar ahli kelab sentiasa bersatu dalam merealisasikan hasrat penubuhan kelab usahawan ini.  

Teks dan Foto: Sidek Abd Razak

 

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: