CERAMAH MOTIVASI USTAZ DON DANIYAL BERSAMA SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA CAWANGAN KUALA LANGAT

Banting, 14 Oktober 2014 – Bahagian Pembangunan Ekosistem Zon Tengah bersama AIM Cawangan Kuala Langat telah menganjurkan satu program ceramah motivasi Usahawan Muslim Unggul dalam Perniagaan Berteraskan Islam. 
 IMG 0245
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Yusuf HM Hanif, Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia. Program ceramah ini telah menampilkan penceramah jemputan Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid. Program ini telah dihadiri oleh 500 orang Sahabat AIM Cawangan Kuala Langat. Program ini turut diserikan lagi dengan persembahan nasyid oleh Sahabat AIM Kuala Langat. 
 
Ustaz Don Daniyal dalam ceramahnya melahirkan rasa bangga dengan usaha AIM yang membantu orang Islam khususnya wanita dalam menjalankan perniagaan. Di samping itu, beliau juga menasihatkan Sahabat menjadikan perniagaan satu usaha dalam memajukan ekonomi orang Islam. Program ceramah ini memberi manfaat dan pengetahuan yang berguna kepada Sahabat-sahabat AIM. 
 
Hadir sama dalam program ceramah ini ialah Encik Yaacob Omar, Pengarah Perhubungan Korporat dan Kesejahteraan; Encik Faizal Noor Laiman, Ketua Zon Tengah dan Encik Muhamad Nasri Bin Hamidi, Pengurus Wilayah Selangor/ Kuala Lumpur. Galeri
Berita oleh: Mohd Yazid Zainudin

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: