×

Amaran

JFolder :: fail: jalan bukan folder. Jalan: /home/radinnur/public_html/aim.gov.my/3/images/perlaksanaaniqtunai
×

Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery Pro plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/perlaksanaaniqtunai
×

kesilapan

[sigplus] Critical error: Image gallery folder perlaksanaaniqtunai is expected to be a path relative to the image base folder specified in the back-end.

Bengkel Transformasi Perlaksanaan IQ Tunai dan Kutipan Tanpa Tunai Peringkat Wilayah.

[sigplus] Critical error: Image gallery folder perlaksanaaniqtunai is expected to be a path relative to the image base folder specified in the back-end.

Disediakan Oleh: Tajul Asrul Syah B Mokhtar

AIM terus berusaha untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatannya, di samping  kemudahan pembiayaan yang lebih efektif kepada Sahabat-sahabat sedia ada dan mengambil langkah yang sesuai untuk mengurangkan risiko keselamatan kepada kakitangan di lapangan.

Sehubungan itu, pada 18 September 2013, satu Mesyuarat Khas Pengurusan Keselamatan AIM telah diadakan di Ibu Pejabat AIM, dan satu Jawatankuasa Khas IQ Tunai telah ditubuhkan. Ia dipengerusikan oleh Puan Hajah Zalmah Mahusin, Pengarah Bahagian Pembiayaan Sabah dan Sarawak dan dianggotai oleh Puan Rozita Muhamad, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Cik Hajah Jamilah Bisri, Pengarah Bahagian Audit Dalaman dan Pengurusan Risiko, Encik Yaacob Omar, Pengarah Bahagian Pembiayaan Semenanjung, Puan Ezatul Shareen Hamim, Pengawal Kewangan dan Puan Munaliza Munajat, Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat.  

Jawatankuasa Khas IQ Tunai ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:-
i.    Mengemaskini tatacara pelaksanaan IQ Tunai
ii.    Merancang pelaksanaan IQ Tunai di seluruh cawangan AIM
iii.    Memastikan pelaksanaan IQ Tunai di seluruh cawangan AIM berjalan dengan lancar
iv.    Memantau pelaksanaan IQ Tunai dan mencadangkan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
v.    Memastikan pembayaran tunai kepada Sahabat bagi mengurangkan kutipan tunai di Pusat.

Jawatankuasa khas ini telah melengkapkan dokumen berkaitan dengan pelaksanaan IQ Tunai dengan membuat penambahbaikan bagi memastikan pelaksanaannya akan dapat dilaksanakan secara teratur, sistematik serta mengikut kualiti piawaian dan memenuhi keperluan syariah yang telah ditetapkan.

Serentak dengan pelaksanaan IQ Tunai ini, AIM juga akan melaksanakan kutipan tanpa tunai berkuatkuasa 1 November 2013 di seluruh cawangan AIM.

Untuk mencapai hasrat ini, beberapa siri Bengkel Transformasi Perlaksanaan IQ Tunai dan Kutipan Tanpa Tunai telah di adakan di seluruh negara bermula 29 Oktober sehingga 1 November 2013.
{gallery}perlaksanaaniqtunai{/gallery}

Carian Laman

Maklumat & Informasi

Logo baru AIM: