Bengkel Penambahbaikan Prosedur Kualiti dan Polisi 2014

Teks: Gafur Majid
Gambar: Gafur Majid / Sidek Razak


Pengurusan Kanan dan Pengurusan Tertinggi AIM telah menghadiri Bengkel Penambahbaikan Prosedur Kualiti dan Polisi yang diadakan selama dua (2) hari pada 18 dan 19 Januari bertempat di Hotel Carlton Holiday & Suites, Shah Alam. Bengkel anjuran Bahagian Pembangunan Risiko dan Pembangunan Korporat ini merupakan lanjutan dari Program Retreat AIM yang diadakan pada Disember 2013. Bengkel ini turut dihadiri Pengerusi Lembaga AIM, Dr Zubir Harun serta pemangku Pengarah Urusan AIM, En Norsharizal Mashahrin.
    
Hari pertama bengkel dimulakan dengan ucapan dasar oleh Dr Zubir. Beliau mahukan AIM mengorak langkah efektif untuk mencapai keuntungan RM75 juta pada tahun 2014 dengan melaksanakan misi berikut:

• Mengeluarkan pembiayaan melebihi 2 billion
• Mempunyai SAHABAT aktif melebihi 300,000  
• Mewujudkan ekosistem yang komprehensif

Tambah beliau, AIM perlu mengurangkan perbelanjaan dalam mengharungi cabaran tahun mendatang, selain meminimakan “Portfolio at Risk” (PAR). Selain itu kualiti SAHABAT perlu dipertingkatkan dengan kemahiran dan latihan keusahawanan yang memberi manfaat kepada mereka. AIM juga perlu bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti FAMA demi mewujudkan jaringan yang efektif di samping dapat memperluaskan pasaran produk SAHABAT dengan berkesan.  

Antara pembentangan yang telah diadakan ialah :

• Bahagian Pembiayaan: Jangkauan Sahabat, Kepimpinan Sahabat, Produk dan Pembiayaan, serta Pemantauan M5 dan M8
• Unit Pengurusan Risiko dan Pemantauan: Majlis Penasihat Pengurusan Risiko dan Polisi Hutang Lapok    
• Unit Zakat, Wakaf dan Infaq: Polisi Dana Tidak Dituntut
• Unit Khairat: Pembentangan Prosedur Pengeluaran Dana CTK dan Pembentangan Polisi Kontra Simpanan Wajib.
• Bahagian Audit Dalaman: Polisi “Whistle Blowing”
• Bahagian Pembangunan Usahawan: Pelan Latihan Keusahawanan 2014
• Bahagian Sumber Manusia: Pelan Penempatan Kakitangan

Dalam ucapan penutup, Pengerusi LAIM ingin memberi fokus kepada isirumah miskin, ibu tunggal dan Melayu/Bumiputera dalam perancangan mendatang. Akhir sekali beliau berharap agar seluruh warga AIM terutama pengurusan bekerja keras bagi memastikan sasaran keuntungan dapat direalisasikan dalam tahun 2014.

{gallery alighment=centre}bengkelpenambahbaikanprosedurkualitidanpolisi2014{/gallery}